Umat Islam Hati-Hati, Tindak Balas Keganasan Peristiwa 9/11 Tahun Ini

Hari Raya Aidiladha atau dikenali sebagai Hari Raya Haji serta Hari Raya Korban adalah salah satu hari raya yang suci bagi umat islam.

Walau bagaimanapun, masyakat Muslim perlu berhati-hati kebarangkalian akan berlaku keganasan disebabkan raya Aidiladha tahun ini jatuh pada peristiwa 9/11 buat kali pertama.

Peritiwa yang mengorbankan nyawa seramai 2,996 orang serta mencederakan seramai 6000 orang tersebut akan melalui ulang tahun yang ke-15.

Hari Raya Aidiladha telah ditentukan oleh kalendar Lunar yang telah ditetapkan oleh ahli akademik. namun tahun-tahun sebelum ini tarikh perayaan itu hampir jatuh pada hari yang sama peristiwa berdarah tersebut tapi tidak pernah bertembung.

Majlis Muslim Britain menyatakan bahawa pertembungan tarikh tersebut adalah sememangnya kebetulan.

Jurucakap Majlis tersebut mengatakan “Perayaan Islam adalah berdasarkan kalendar Lunar dan sebagaimana setiap bulan adalah dengan melihat anak bulan baru”.

“Tahun ini, mungkin ada kemungkinan bahawa raya jatuh pada 11 September, tetapi ia betul-betul kebetulan disebabkan raya jatuh pada sepuluh Zul Hijjah, selepas selesai ibadah haji.

Maajid Nawaz“Oleh kerana ia adalah kalendar lunar, terdapat drift tahunan 10/11 hari, yang bermaksud bahawa ia tidak berlaku serentak dengan musim, jadi hari raya tidak akan jatuh pada hari yang sama setiap tahun.”

Bekas extrimis agama, Maajid Nawaz menggesa orang ramai tidak menyalah-tafsirkan tarikh hari raya tersebut.

Nawaz, pengasas counter-extremism pemikiran Quilam, berkata melalui twitter-nya; “Sambutan hari raya ditentukan oleh kalendar Lunar, tahun ini kebetulan ia jatuh pada 9/11. Mohon jangan salah tafsir”.

 

Sumber: express.co.uk

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here