Tiada Kaifiat Doa Awal Tahun Akhir Tahun Dalam Islam

Doa itu ibadah, begitu juga memohon ampun, boleh dilakukan pada bila-bila masa yang sesuai. Termasuklah doa kita contohnya, "Ya Allah, semoga bermula tahun baru hijrah ini, bertambah iman dan ilmuku, dan semakin baik amalanku."

Tiada Kaifiat Doa Awal Tahun Akhir Tahun Dalam Islam

Doa itu ibadah, begitu juga memohon ampun, boleh dilakukan pada bila-bila masa yang sesuai. Termasuklah doa kita contohnya, “Ya Allah, semoga bermula tahun baru hijrah ini, bertambah iman dan ilmuku, dan semakin baik amalanku.”

Namun doa awal tahun dan akhir tahun, yang dibaca dengan kaifiyyat tertentu dikritik oleh para ulama’, kerana ia disandarkan kepada sebuah riwayat yang antaranya;

‘Menganjurkan dibaca doa itu 3 kali, dan syaitan pun dikatakan kecewa tidak dapat menggodanya pada tahun itu.’

Riwayat ini tidak ditemui asal usulnya oleh para ulama’. Ia dikemukakan dalam buku tertentu tanpa dinyatakan sanad dan sumber.

Tiada dalam kitab-kitab hadith mu’tabarah, dan diputuskan sebagai riwayat yang batil.
Jadi, tidak boleh kita yakini bahawa kaifiat itu adalah anjuran dalam agama Islam.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here