Tentera Israel membunuh Penduduk Palestin Dalam Serbuan Tebing Barat

Gambar menunjukkan Keluarga remaja Palestin Mohammed Abu Hashhash, yang terbunuh oleh tentera Israel bulan lepas, berkabung semasa pengebumiannya dalam kem pelarian Fawwar, West Bank, selatan Hebron. — Reuters

Hebron, Palestin – khamis, tentera Israel menembak mati seorang lelaki Palestin kerana cuba mengelakkan diri daripada ditangkap semasa Roundup di Tebing Barat, kata tentera Israel.

Kementerian Kesihatan Palestin mengenal pasti lelaki yang mati sebagai Mohammed Saraheen, 30, dan pegawai-pegawai keselamatan Palestin berkata tentera Israel menembak beliau semasa serbuan di rumahnya di kampung Beit Ula, Hebron.

“Semasa operasi penangkapan di Beit Ula, pasukan keselamatan menahan seorang suspek manakala seorang lagi cuba melarikan diri ke bangunan itu,” kata seorang jurucakap tentera.

“Semasa kejadian kejar mengejar itu, tentera melepaskan tembakan, menyebabkan suspek mati.”

Namun dia tidak menjelaskan siapa, di mana atau mengapa mereka mahu suspek tersebut.

Keganasan sejak Oktober lalu telah membunuh seramai 224 rakyat Palestin, 34 Israel, dua rakyat Amerika, satu Eritrea dan Sudan.

Kawasan Hebron adakah kawasan yang kerap berlaku pertempuran. Kawasan ini di mana rakyat Palestin, pendatang Yahudi dan tentera tinggal berdekatan.

Bulan lepas PBB berkata bahawa ia “memandang serius” mengenai pembunuhan seorang pelarian Palestin pada 16 Ogos semasa serangan tentera Israel ke dalam kem pelarian Fawwar berhampiran bandar selatan Tebing Barat.

“Seorang remaja perempuan pelarian Palestin, 19 tahun, daripada kem Fawwar dilaporkan  maut selepas ditembak di dada oleh peluru hidup. Dia ditembak walaupun tidak bersenjata dan ditembak oleh penembak curi Israel yang ditempatkan kira-kira 100 meter,” kata agensi PBB bagi pelarian Palestin. – AFP

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here