Tanda-Tanda Awal Kanser Payudara : Pengalaman Bekas Pengidap

Sehingga sebulan berlalu dan benjolan itu masih ada, dan hati ini memang mula rasa sesuatu, dan benjolannya juga amat pelik, tak sama seperti kelenjar susu, dan saya terus nekad untuk terus berjumpa doktor. Rentetan dari situlah, saya didiagnosed breast cancer.

Tanda-Tanda Awal Kanser Payudara

Assalamualaikum….

Ingin saya berkongsi di sini atas pengalaman saya sendiri dan pengalaman yang saya kutip dari kenalan-kenalan yang seangkatan dengan saya di sepanjang saya menjalani rawatan. Saya bukannya doktor tapi saya melaluinya dan saya suka bertanya, bertanya rakan2 di sekeliling saya, tanya doktor pakar yang merawat saya juga tanya nurse2 yang memberi khidmat kepada saya sepanjang rawatan. Ramai yang masih confius/tertanya-tanya/kurang mengerti bagaimana untuk mengesan ketulan/benjolan itu samada ianya kanser atau ketulan yang tidak merbahaya? Di antara soalan2 yang sering saya terima:

sakitkah?
macamana boleh tahu?
macamana boleh perasan?
macamana nak tahu ada ke tak?

Diri kita, pastinya kita akan rasa, rasa teringin nak sentuh, merasa atau meraba. Saya akui saya bukan seorang yang rajin untuk meneliti setiap hari, memeriksa seperti yang disarankan, tetapi mungkin sebab ‘diri kita’ dan ada rasa ‘itu’ (sixth sense) maka jari cuba menyentuh bahagian2 berkenaan dan ya ..ada ketulan yang muncul. Tetapi nasihat saya bila muncul benjolan di bahagian payudara atau di bawah ketiak anda dan anda yakin ia bukan benjolan yang biasa, mengeras dan kaku ditempat yang sama, maka jangan tunggu lagi, berjumpa lah dengan doktor untuk kepastian. Saya akui, awalnya saya menyedari tentang kehadiran benjolan di bahagian payurada dan ketiak saya, saya masih menunggu…untung-untung benjolan itu akan hilang kembali, masih menunggu untung-untung benjolan itu makin mengecil, untung-untung benjolan itu hanya symptom2 yang hormon saya sudah tak seperti dulu, mungkin tanda2 ‘period’ yang hadir, dan macam-macam andaian dibuat sendiri bagi menidakkan andaian yang satu ini iaitu ‘kanser’. Sehingga sebulan berlalu dan benjolan itu masih ada, dan hati ini memang mula rasa sesuatu, dan benjolannya juga amat pelik, tak sama seperti kelenjar susu, dan saya terus nekad untuk terus berjumpa doktor. Rentetan dari situlah, saya didiagnosed breast cancer.

tanda-awal-kanser-payudara
Pesanan saya, jangan terlalu yakin dengan history kita, sebab saya juga tak ada history ahli keluarga yang menghidapi apa-apa kanser, dan ramai juga yang mendapatkan rawatan di hospital yang saya kenali, bila ditanya juga mengatakan tiada cancer history dalam keluarga. Maka pastinya kanser itu datang dari persekitaran udara, pemakanan dan cara hidup. Periksa diri sendiri sekerap yang mungkin ketika mandi, memakai baju atau bila-bila saja kala waktu sesuai, dan ia tidak sesukar manapun kerana ia berada di badan kita. Adakalanya terdapat satu sahaja benjolan di payudara dan ada setengahnya benjolan di payudara dan juga di bawah ketiak, dan di ketiak, benjolan itu biasanya memberi tahu bahawa ada sakit di tubuh, itu info yang saya terima andai salah mungkin boleh di betulkan. Benjolan pada peringkat awal memang tidak sakit, sebab itulah ramai yang mengambil mudah hal ini, tetapi ia akan sakit jika keadaan semakin parah, dan sel kanser dibiarkan aktif. Better, berjumlah pakar untuk mendapatkan nasihat, kerana ada beberapa langkah sebelum disahkan kanser, jangan takut untuk merawat tapi takutlah jika ia semakin menular.

Nanti saya kongsi kan lagi apa yang saya lakukan selepas itu di dalam post yang berikutnya… terima kasih kerana memberi sokongan pada tulisan saya. Khabarkan kepada sesiapa yang ada rasa ingin tahu, moga ia menjadi satu kebajikan. Terima kasih.

nanie.mosen

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here