Rusia, Syria Bunuh Kanak-Kanak Di Aleppo

Pesawat pejuang Syria telah memusnahkan dua kedai roti di pinggir Aleppo yang mana telah membekalkan 70,000 orang dengan roti setiap hari. Serangan tersebut berlaku sehari selepas 20 orang dilaporkan maut ketika beratur di kedai tersebut di daerah Al-Muadi, timur Aleppo, berhampiran dengan hospital M2, yang mana turut dihancurkan bersama hospital yang lain.

Rusia, Syria Bunuh Kanak-Kanak Di Aleppo
Seorang kanak-kanak Syria yang cedera parah dikejarkan ke hospital selepas dia terkena peluru mortar yang disasarkan kawasan-kawasan yang dikuasi Aziziyah dan Sulaymaniyah - AFP / GEORGES OURFALIAN

Sekurang-kurangnya 96 kanak-kanak telah terbunuh dan 223 cedera di timur Aleppo pada minggu lalu. UNICEF berkata, dengan beberapa lagi dibiarkan mati di atas lantai hospital kerana kekurangan bekalan perubatan. Tentera Syria dan Rusia telah membedil kawasan yang dikuasai penentang selama lima hari berturut-turut, dengan apa yang boleh digambarkan sebagai kempen pengeboman yang paling hebat ke atas bandar tersebut sejak perang di Syria bermula enam tahun lalu.

“Kanak-kanak Aleppo terperangkap dalam mimpi ngeri,” kata Timbalan Pengarah Eksekutif UNICEF Justin Forsyth berikutan dua buah hospital yang dimusnahkan melalui serangan udara dan tembakan meriam.Tiada kata-kata yang tinggal untuk menggambarkan penderitaan yang mereka alami.

Menurut salah satu daripada hanya 30 doktor yang tinggal di timur Aleppo, berkata kepada UNICEF dengan sistem kesihatan yang musnah begitu teruk, “kanak-kanak yang peluang hidupnya tipis sering dibiarkan mati kerana kapasiti dan bekalan yang terhad.”

“Tidak ada apa yang boleh digambarkan, begitu (teruk) serangan ke atas kanak-kanak, begitu tidak mengambil peduli terhadap nyawa manusia”

Walaupun keluarnya statistik serta gambar yang mengerikan yang berlaku di Aleppo, Kejaraan Rusia pada hari khamis berkata bahawa mereka tidak ada niat untuk memberhentikan pengeboman daripada pesawat pejuang mereka dan akan meneruskan sokongan terhadap kerajaan Syria sebagai mana apa yang dikatakan oleh jurucakap Kremlin, Dmitry Peskov, “Perang terhadap keganasan”

Pada masa yang sama, Timbalan Menteri Luar Rusia, Sergei Ryabkov berkata, Kremlin akan menyokong gencatan senjata selama dua hari di Aleppo untuk membolehkan bantuan sampai kepada 250,000 orang yang terputus bekalan.

“Dalam usaha untuk memastikan bantuan kemanusiaan, kita telah berulang kali ditawarkan untuk berhentikan (serangan) selama 48-jam, tetapi rakan-rakan Amerika, atas sebab-sebab yang hanya diketahui oleh mereka, tetapi tidak kepada kita, adalah terpukau kepada keperluan untuk memberhentikan (serangan) selama tujuh hari,” kata Ryabkov, menurut agensi berita Rusia Interfax. “Tujuh hari adalah satu tempoh yang cukup untuk memastikan kumpulan pengganas boleh menjalankan aktiviti persenjataan semula, rehat, dan berkumpul kembali”, tambahnya.

Twiiter menunjukkan duta Syira, Bashar Jaafari yang hanya tergelak apabila ditanya berkenaan pengeboman ke atas dua buah hospital di Aleppo.

Setiausaha Amerika Syarikat, John Kerry telah berusaha untuk memastikan gencatan senjata yang disepakati dengan Rusia pada 9 September lalu, namun tidak bertahan lama. Peskov berkata kenyataan Kerry tentang menghentikan pengeboman melalui pesawat pejuang adalah sebagai “tidak cermat dan tidak membantu,”. Menurut Reuters, Peskov menggesa Amerika Syarikat dan sekutu-sekutunya untuk memenuhi janji mereka untuk memisahkan pasukan pembangkang Syria yang moderate daripada “pengganas.

Menurut sumber daripada Middle East Eye, mengesahkan laporan Reuters Amerika Syarikat kini cuba untuk mengurangkan sekatan dan membenarkan Qatar dan Arab Saudi memberikan senjata kepada penentang dengan shoulder-held, peluru berpandu anti-pesawat udara bagi memastikan Aleppo tidak jatuh ke tangan tentera Bashar al-Assad.

“A.S tidak akan benarkan Aleppo jatuh, kita boleh jangka helikopter tentera Syria jatuh dalam beberapa minggu”.

Dalam serangan terbaru, pada awal pagi antara 5 dan 6 pagi waktu tempatan, pesawat pejuang Syria telah memusnahkan dua kedai roti di pinggir Aleppo yang mana telah membekalkan 70,000 orang dengan roti setiap hari. Serangan tersebut berlaku sehari selepas 20 orang dilaporkan maut ketika beratur di kedai tersebut di daerah Al-Muadi, timur Aleppo, berhampiran dengan hospital M2, yang mana turut dihancurkan bersama hospital yang lain.

Beberapa minggu lalu, pesawat pejuang Rusia dan Syria telah menyerang timur Aleppo yang dikuasai penentang, mereka turut diserang oleh tentera darat daripada Iran. Di bahagian bandar, dianggarkan 250,000 orang terputus bekalan dan bantuan. Dengan hospital dan kedai roti yang menjadi sasaran oleh rejim al-Assad, keadaan mungkin menjadi lebih buruk bagi mereka di Aleppo.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here