Respons Apabila Terperangkap Di Dalam Bangunan Terbakar

Ramai orang tidak tahu, apabila berlakunya kebakaran, kebanyakan mangsa meninggal dunia bukan disebabkan terbakar, sebaliknya mereka meninggal dunia disebabkan menyedut gas2/asap toksik yang dibebaskan akibat proses pembakaran.

Respons Apabila Terperangkap Di Dalam Bangunan Terbakar

Respons Apabila Terperangkap Di Dalam Bangunan Terbakar

Ramai orang tidak tahu, apabila berlakunya kebakaran, kebanyakan mangsa meninggal dunia bukan disebabkan terbakar, sebaliknya mereka meninggal dunia disebabkan menyedut gas2/asap toksik yang dibebaskan akibat proses pembakaran.

Gas karbon monoksida paling banyak dibebaskan ketika kebakaran. Hemoglobin darah kita mempunyai affiniti terlalu kuat terhadap gas karbon monoksida dan akan mengabaikan oksigen (affiniti yg dimaksudkan: tarikan 200X lebih kuat berbanding oksigen).

Ini akan menyebabkan seluruh badan kita mengalami gangguan bekalan oksigen yang kita tahu amat mustahak demi hidup. Dengan tahap toksik gas karbon monoksida dalam darah, mangsa akan meninggal dunia lama sebelum api membakar mereka. Itulah sebabnya ramai mangsa2 kebakaran yang apabila ditemui sempurna tubuh badan mereka tanpa kebakaran namun sudah tidak bernyawa.

Selain dari gas karbon monoksida, gas2 toksik juga terhasil. Misalannya, pembakaran paip PVC dan bahan2 mengandungi vinyl boleh menghasilkan cyanide dan juga phosgene yang boleh membawa maut.

Seperti mana yang kita semua tahu, api memerlukan oksigen sebagai bahan bakar utama. Ketika kebakaran, paras oksigen juga akan berkurangan di atmosfera kerana telah digunakan di dalam proses pembakaran. Jika paras oksigen dalam atmosfera jatuh ke 15% secara mendadak (paras normal 21%) ia sudah mencukupi untuk membuatkan kita menjadi keliru dan hilang pertimbangan badan. Itulah juga antara punca kenapa mangsa gagal mencari jalan keluar dan terperangkap di dalam api di samping asap yang tebal mengganggu penglihatan.

Kebakaran juga akan menjadikan udara menjadi terlalu panas dan seperti yang kita sedia maklum, rongga pernafasan kita mengandungi oksigen juga. Oleh itu pembakaran saluran pernafasan boleh terjadi dan saluran pernafasan boleh membengkak hingga tertutup akibat dari proses ini. Dalam istilah perubatan, kami memanggil gejala ini sebagai airway burn. Ia juga merupakan penyumbang utama kematian mangsa2 kebakaran.

*Apakah yang anda boleh lakukan sekiranya anda terperangkap di dalam bangunan yang terbakar?*

1. Apabila anda sedar ada kebakaran, bersegeralah menyelamatkan diri anda. Selamatkan diri dgn keluar dari bangunan terbakar itu dengan segera. Jangan buang masa dengan mahu menyelamatkan barangan berharga, dokumen dan lain2 lagi.
Ingat! Nyawa adalah paling utama!

2. Jika anda terperangkap dan mahu keluar dari pintu, jangan buka pintu yang berasap dari bawahnya dan panas. Berkemungkinan besar ada api disebalik pintu tersebut dan jika anda buka, api akan menerpa masuk ke dalam bilik anda kerana ia akan merebak ke tempat yang oksigennya tinggi. Anda akan terbakar dalam proses itu!
Carilah jalan alternarif lain menyelamatkan diri seperti pintu lain mahupun tingkap.

3. Selamatkan diri anda dari menyedut asap. Cara mengurangkannya adalah dengan MERANGKAK keluar dari kawasan yang tebal dengan asap. Jika boleh, tutuplah muka dengan kain yang dibasahkan.

4. Jika pakaian yang anda pakai terbakar, segera rebahkan diri anda dan berguling di lantai kerana ini boleh memadamkan api tersebut. Pastikan anda kekal menutup hidung sepanjang proses ini.

5. Jika tidak ada jalan keluar dan anda terperangkap di bilik, tutup ruang2 yang boleh dimasuki asap dengan kain (basah jika boleh). Jangan panik dan tunggu hingga bantuan tiba. Walau anda sendiri gagal mendapatkan bantuan 999, berkemungkinan besar ada orang lain yang sudah membuat panggilan dan sedang berusaha menyelamatkan anda. Kajian mendapati peluang anda untuk diselamatkan sekiranya terperangkap adalah lebih cerah sekiranya anda bertenang dan mengasingkan diri dari api hingga bantuan tiba.

6. Berdoa.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here