Raja Salman Biayai 1000 Keluarga Palestin Yang Syahid Tunaikan Haji Secara Percuma

Raja Salman Biayai 1000 Keluarga Palestin Yang Syahid Tunaikan Haji Secara Percuma

JEDDAH: Penjaga Dua Masjid Suci, Raja Salman mengeluarkan arahan untuk menjadi tuan rumah dan membiayai kepada 1000 keluarga Palestin daripada keluarga yang mati syahid untuk menunaikan haji tahun ini secara percuma

Sheikh Saleh Al-Asheikh, ketua bagi program Haji dan Umrah, melahirkan penghargaan atas usaha Raja Salman membina jambatan persahabatan dan mengukuhkan hubungan persaudaraan antara Arab Saudi dan Palestin serta membantu mereka ini melaksanakan haji pada setiap tahun.

Dia berdoa kepada Allah swt agar memberkati usaha-usaha yang dilakukan oleh Raja Salman dalam menyediakan perkhidmatan yang hebat kepada umat Islam secara amnya dan rakyat Palestin khususnya.

Beliau berkata bahawa memberi layanan yang baik kepada keluarga syuhada Palestin akan meringankan penderitaan mereka. “Ia merupakan satu lagi isyarat yang menunjukkan sokongan negara Arab Saudi kepada rakyat Palestin dan perjuangan mereka,” katanya.

Al-Asheikh menegaskan bahawa pengorbanan rakyat Palestin untuk mengekalkan Jerusalem dan wilayah Palestin perlu dihormati.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here