Pertandingan Teka Berat Lembu Di Ekspo MAHA Haram

sesiapa yang menenanginya haram mengunakan wang kemenangan itu dan mesti menyerahkannya kepada faqir miskin

Pertandingan Teka Berat Lembu Di Ekspo MAHA Haram

JUDI LEMBU SADO DI EKSPO MAHA 2016?
Saya ditanya berkenaan satu pertandingan meneka berat seekor lembu Sado yang diadakan di Ekspo MAHA yang berlansgung di MAEPS ketika ini. Semua peserta yang ingin menyertai dikehendaki membayar :-
1 tekaan : RM 10
3 tekaan : RM 20

Pemenang akan mendapat hadiah wang tunai RM 20,000.

Jawapan saya

Ia adalah jelas sebuah perjudian. Ia mempunyai ciri judi yang didefinisi oleh Ulama seperti al-Baijuri adalah :-

هو كل لعب تردد بين غرم وغنم

Ertinya: Suatu pertandigan yang mana peserta terdedah untuk sama ada kerugian atau meraih untung. (Hashiah Al-Baijuri, jil2, hlm521)

 

Selain itu, ia juga terbina di atas bayaran untuk menang secara nasib (game of luck or pure chance), walaupuan tekaan itu mempunyai sedikit elemen usaha, namun ia tetap punyai elemen ‘nasib’ yang besar.

Ia turut punyai elemen judi yang seterusnya iaitu ‘Zero sum game’ iaitu pemenang akan ambil keuntungan dari mereka yang kalah.

Justeru itu, sesiapa yang menenanginya haram mengunakan wang kemenangan itu dan mesti menyerahkannya kepada faqir miskin. Faqir miskin HALAL mengambilnya disebabkan ia telah menjadi neutral kembali ke atas diri mereka kerana mereka punyai sebab diiktiraf syara’ untuk menerima wang sebegitu. Pembersihan cara ini juga datang dari sabdaan Nabi saw

من قال لصاحبه تعال أقامرك فليتصدق

Ertinya : sesiapa yang berkata saudaranya, “mari aku bertaruh denganmu” maka (jika menang) wajiblah dia menyedeqahkan (wang kemenangan itu). (Al-Bukhari dan Muslim)

 

Bagi penganjur, ketahuilah judi itu HARAM hukumnya dan jangalah mana-mana syarikat menganjurkan pertandingan yang serupa dengannya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here