Gambar Bekas Mufti Kelantan Bergambar Dengan Anjing Adalah Palsu

Caption gambar ini salah!

Berikutan isu sebuah gambar yang menjadi viral yang kononnya menunjukkan bekas mufti kelantan bergambar dengan seekor anjing, ini respond Dr. Saadan Man;

Pembetulan “Fakta” Gambar dari “The Malaysian Insider”

Saya mendapat banyak maklum balas tentang isu anjing yg saya ulas Ahad lepas. Antaranya ialah pertanyaan tentang satu gambar (spt di bawah) yang tersebar di internet satu ketika dulu oleh pihak yg tertulis di situ sebagai The Malaysian Insider (sekarang sudah tidak beroperasi). Gambar tersebut datang dengan captionnya “A photograph from the 1930s showing the Mufti of Kelantan with the Sultan of Kelantan’s pet dog used on the cover of William R Roff off’s book..”

Caption gambar ini salah!

Oleh kerana ramai yg bertanya dan letih memperbetulkan satu per satu, saya rasa lebih baik diperbetulkan kesalahan fakta oleh TMI ini (jika benarlah dari mereka) secara terbuka. Ini kerana ia telah mengundang risiko fitnah kpd mantan Mufti Kelantan SS Allahyarham Hj Ibrahim Yusoff yg terlibat dalam debat tersebut kerana beliau berada di pihak Kaum Tua yg mempertahankan pandangan mazhab Syafie, bukan sebaliknya.

Gambar asal muka depan buku.

Caption gambar yg diletak di bawahnya itu salah! Tokoh tersebut bukan mantan Mufti Kelantan. Mana mungkin Allahyarham mantan Mufti yg mewakili Kaum Tua yg mempertahankan pandangan mazhab Syafie tiba-tiba berubah pandangan selepas debat dan menyokong Kaum Muda yang mempertahankan pandangan mazhab Maliki lalu terus bergambar dengan anjing Tengku Ibrahim (bukan anjing Sultan Kelantan, Sultan Ismail sbgmana yg juga disebut dlm caption tersebut).

Tokoh dalam gambar tersebut sebenarnya ialah Allahyarham Hj Abbas Taha Qadi Singapura pada masa itu yg mewakili Kaum Muda dalam debat tersebut. Saya sertakan gambar muka depan buku asal William R Roff dan caption gambar tersebut di dalamnya dan beberapa mukasurat berkaitan dlm buku tersebut utk lebih jelas.

Caption yang sebenar, Hj Abbas Taha, bukan Mufti Kelantan.

Ada juga yg terkeliru mengatakan Mufti Kelantan pada ketika itu berada di pihak Kaum Muda. Fakta sebenar ialah bukan Mufti Kelantan SS Allahyarham Hj Ibrahim Yusoff, tetapi mantan Mufti Kelantan iaitu Hj Wan Musa yg mewakili anaknya Hj Nik Abdullah tokoh Kaum Muda Kelantan tersohor yg meninggal dunia sebelum muzakarah ulama Kelantan tentang isu anjing pada 1936 (beliau meninggal 1935). Muzakarah tersebut tidak mendapat kata putus ulama Kelantan dan sebab itulah debat diadakan pada 1937.

Tokoh-tokoh yg terlibat dalam debat.

Justeru, kita perlu tabayyun dengan lebih cermat sebelum mempercayai apa-apa gambar di internet walaupun dari pihak akhbar. Rujuk kepada sumber sebenar. William R. Roff sebagai penulis asal buku tersebut (yg merupakan himpunan artikel-artikel ilmiah beliau yg paling banyak dirujuk) adalah seorang sejarawan ulung yang sangat berintegriti dengan fakta, berdasarkan pengalaman saya sebagai bekas muridnya. Jadi beliau lebih berkredibiliti dan lebih layak diyakini dari akhbar yg banyak mensensasikan isu.

Cover belakang buku, sedikit tentang Penulis.

Untuk maklumat tambahan, Prof William R. Roff (1929 – 2013) adalah seorang Prof Emeritus yg berkepakaran dalam sejarah Asia Tenggara, khususnya Malaysia dan Indonesia, fasih berbahasa Melayu dan pernah tinggal lama di Malaysia suatu ketika dahulu. Antara murid beliau yg masyhur di Malaysia ini ialah Prof Ulung kita Tn Sri Prof Dr Mohd Kamal Hassan mantan Rektor UIAM yang belajar dengan Roff di Columbia Univ dan juga Prof Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman NC Unisel sekarang yg belajar dgn beliau semasa berkhidmat di Edinburgh Univ.

Mohon supaya gambar tersebut yg captionnya salah tidak disebarkan lagi.

Wallahu A’lam.
DSM
17 Syawal 1438H

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here