Meriah Hari Sukan Negara Komuniti Malaysia Di Sudan

Pada tahun lepas sahaja komuniti Malaysia di Sudan berada dalam ranking 'top 5' penyertaan tertinggi sambutan Hari Sukan Negara dari kalangan 30 buah negara yang di diami oleh rakyat Malaysia di seluruh dunia.

Meriah Hari Sukan Negara Komuniti Malaysia Di Sudan

KHARTOUM, 8 Okt 2016: Sambutan hari sukan negara yang disambut serentak di seluruh negara pada hari ini turut dimeriahkan oleh komuniti rakyat Malaysia di Sudan.

Memasuki tahun kedua sambutan hari sukan negara pada tahun ini, penganjuran kali ini dimeriahkan dengan pertandingan Futsal melibatkan peserta kalangan lelaki dan ‘indoor game’ seperti Catur dan ‘Saidina’ daripada kalangan wanita.

Pada tahun lepas sahaja komuniti Malaysia di Sudan berada dalam ranking ‘top 5’ penyertaan tertinggi sambutan Hari Sukan Negara dari kalangan 30 buah negara yang di diami oleh rakyat Malaysia di seluruh dunia.

Pada tahun ini pula seramai 80 peserta lelaki berentap di dalam pertandingan Futsal yang dibahagikan kepada 8 pasukan dewasa dan Juara Cup Futsal pada tahun ini dirangkul oleh pasukan Cempaka yang berjaya menewaskan pasukan Orkid dengan gol 1-0 menerusi jaringan Aslam Taufik pada minit akhir perlawanan.

Juara bagi kategori Plate pula dimenangi oleh pasukan Matahari yang berjaya menewaskan pasukan Akasia menerusi sepakan penalti. Dua pasukan Futsal kanak-kanak bawah 12 tahun juga turut mewarnai kejohanan pada kali ini.

Selain itu juga turut diadakan cabutan bertuah dan penyampai hadiah pemenang bagi pertandingan selfi gambar terbaik semperna sambutan kemerdekaan baru-baru ini.

TYT Ambassador Hj Mustafa Bin Mansor juga turut merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada seluruh rakyat Malaysia dari kalangan Mahasiswa, pekerja Malaysia, Malaysian Club dan beberapa orang rakyat asing yang turut sama memeriahkan sambutan Hari Sukan Negara pada kali ini.

Program yang menghimpunkan seluruh komuniti Malaysia dari pelbagai latar belakang ini berjaya mengeratkan lagi ukhuwah di kalangan perantauan Malaysia di Tanah Afrika ini.

“IKHLAS, ILMU DAN AKHLAK MEMBENTUK MAHASISWA TULEN”

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here