Lelaki Anti-Islam Bakar Sebuah Masjid Di Florida, Amerika Syarikat

FLORIDA, Khamis – Seorang lelaki ditangkap kerana disyaki membakar sebuah masjid dengan sengaja untuk tujuan menyemarakkan sentimen Islamophobia di Amerika Syarikat (AS) ketika ini.

Suspek, Joseph Michael Schreiber, 32, dilaporkan telah menyiarkan bahan anti-Islam di media sosial sebelum kejadian berlaku.

Insiden tersebut didakwa telah dirancang kerana berlaku selepas sambutan ulang tahun mempe­ringati mangsa tragedi 11 September serta permulaan sambutan Aidiladha.

Pejabat Sherif Mukim Lucie memberitahu wartawan, rakaman video pemantauan menunjukkan seorang lelaki menaiki motosikal menuju ke bangunan berkenaan, turun daripada kenderaan itu dan menghampiri masjid membawa sebotol cecair dan kertas sebelum kebakaran bermula.

msjid-the-islamic-center-of-fort-pierce-terbakarKatanya, maklumat daripada orang awam membawa penyiasat ke rumah suspek dan menemui bukti tambahan yang mengaitkan lelaki itu dengan jenayah yang dilakukan. .

Dalam perkembangan sama, Pembantu imam masjid, Ha­maad Rahman berkata, masjid itu kerap menjadi sasaran gangguan meskipun ianya telah dibina lebih 20 tahun lalu.

“Pada mulanya, jemaah masjid sering diugut. Kemudian, ada beberapa orang pemandu yang sengaja melanggar lopak air me­ngenai para jemaah yang pulang daripada menunaikan solat Jumaat.

“Ada juga kes seorang jemaah dipukul di kawasan letak kereta ketika datang menunaikan solat pada awal pagi dan kebakaran ini merupakan kejadian terbaharu di masjid ini,” katanya.

-Agensi

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here