Kisah Pemuda Selamatkan Anak Monyet Kematian Ibu Akibat Dilanggar

Oleh: Muhammad Naim Bin Abdullah

Mati tengah jalan tiada sesiapa pedulikan bayinya…

Beberapa hari lepas, ai keluar drp rumah mak abah di kg dusun, cuaca redup angin sepoi sepoi, kelihatan seperti nak hujan, jalan agak sibuk dengan kenderaan lalu lalang, maklumlah cuti hari raya. Ai pon memandu dengan agak berhati hati sebab kata orang tua tua Malang itu sifatnya tiada bau rasa Dan warna,

Dalam jarak 100 meter, ai nampak mcm ada sesuatu di tengah jalan, masa tu di kawasan ladang jentayu di gurun, jalan tu kalau malam malam Seram sebab tiada lampu jalan, Hantu pon banyak mnumpang, kalau kita naik kereta kena tutup side mirror Dan jgn tengok cermin pandang belakang..!!!
Kalau naik motor tangan kanan pulas minyak tangan kiri letak di tenpat duduk belakang motor.

Semakin dekat kereta dengan benda di tengah jalan, innalillah, ingatkan anjing rupanya monyet mati, ai pon elak la bangkai monyet, tetiba terasa “something fishy”….

Ai pon tengok la.cermin pandang belakang, ermm nampak tangan kecik terangkat angkat..rupanya anak monyet ada dan masih hidup…!!!

Masa elak bangkai tu tak perasan ada anak monyet tu..

Ai terus bagi signal dan berhenti tepi, jarak dalam 50 meter.
Ai terus berlari ke arah anak monyet tu….kereta lalu lalang dengan agak laju sebab jalan tu 2 lorong, lorong memandu biasa Dan lorong memotong..

Smbil berlari ai tengok anak monyet dari jauh, bimbang sangat takut kereta lain pulak yang langgar anak monyet tu…

Ai Sampai di tempat ibu monyet dilanggar tu..

Kepala pecah otak terabur, mata sebelah hilang, sebelah lagi terjojol keluar..Isi Perut terkeluar jugak, tak Sampai hati nk ambik gambar…ermm kes langgar lari…!!!

Anak monyet tu dalam jarak 2meter daripada ibu dia…
Dia duk hulur tangan ke arah ibu dia sambil bunyi monyet….sambil panggil ibu dia smbil hulur tangan, tapi dia takleh merangkak sebab masih kecil agaknya kaki tak kuat lagi..

Sedih sangat, ai datang dekat anak monyet tu ,dan hulur tangan, terus dia paut tangan ai dengan erat sambil bunyi kuat, agaknya dia takut sangat sbb baru lepas eksiden Dan kereta Lori semua lalu lalang bunyi bising.

Selepas setelkan ibu dia ai pon bawak la dia ke kereta, smbil bawa dia ke kereta dia still duk panggil ibu dia…

kisah-pemuda-selamatkan-anak-monyet-kematian-ibuMama…mama….!!!!
Ishhh tak da lah mcmtu…..
Dia bunyi mcm monyet lah..
Sambil panggil tengan dia duk gapai ke arah ibu dia yang dah tak macam monyet, agaknya kena tindih Lori besar barangkali…

Dalam kereta dia senyap tak cakap apa apa, mungkin masih terbayang bayang saat ibu dia digilis Lori…

Ai pegang dia smbil drive. Ai letak dalam plastik takut dia Vera dan kincin..

Sampai rumah ai ambik minyak gamat, sapu kt kepala dia….hidung dia…tangan dia…masa dukung dia….dia tengok ja mata ai…ai pon tengok mata dia..bulat ja mata dia mcm mata monyet…..berkaca kaca mata dia mcm nak bagitau Kat ai

”Ibu ku dah tiada’:

Kesian duk dengar dia jerit jerit tak boleh terima hakikat lagi kot yang ibu dia dah dicabut nyawa oleh malaikat Izrael…..

Lepas tu mama ai bncuh susu dan suap dia minum,kesian dia, dah la bulu tak berapa nak lebat, Gigi sebatang pon tak ada… huhu..sobbb…. sobbb….
Ai tengok bawah.. .oh jantan rupanya….ai namakan dia Pablo..

Anak monyet tu dah diserahkan kepada bang Manap untuk dijaga sebagai anak angkat. Mana la tahu dia boleh membesar dengan baik dan menjadi anak yang Soleh yang rajin membantu ibu bapa mengait kelapa

Tuah ayam nampak di kaki Tuah monyet siapa yang tahu….kan???

Ermm, Pablo jangan bimbang ye..
Tunggu besar sikit nanti kita ke hutan balik inshaallah…

Selamat tinggal Pablo si anak monyet, kelak kita jumpa lagi jika panjang umur…

Masih terbayang renungan mata mu….

Sahaja Aku tulis cerita monyet ini Kali supaya kita beringat akan binatang yang melintas jalan kerana monyet juga hamba Tuhan.

Kasihan anak monyet si Pablo Escobar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here