Kebakaran Di Israel, Amaran Rabbani Daripada Ilahi

Mutakhir kebakaran telah menyebabkan sekitar 70 ribu penduduk dipindahkan dari Haifa, ratusan cedera, kerugian ratusan juta dollar, lapangan terbang Tel Aviv dan pelabuhan Haifa ditutup, rayuan kepada negara luar untuk membantu usaha mengawal api serta dengan keadaan kering tanpa hujan, dijangka berterusan selama beberapa hari.

Kebakaran Di Israel, Amaran Rabbani Daripada Ilahi

Semarak kemarahan entiti Zionis kepada audiens antarabangsa bermula tatkala UNESCO hasil desakan beberapa negara Arab dan negara lain, kekal mewartakan bumi Al-Aqsa sebagai bumi yang dijajah, dan mengecam perbuatan Zionis mengganggu kesucian tempat ibadah agama lain.

Sebagai tindakbalas, Zionis meneruskan agenda meluaskan penempatan haram selain mengutuk UNESCO secara vokal.

Tanggal 3 November, sekumpulan penduduk haram dari Pisgat Zeev pula berkumpul di hadapan rumah Mayor Nir Berkat mengadu bahawa azan yang dikumandangkan oleh penduduk Islam Palestin adalah pencemaran bunyi yang mengganggu ketenteraman awam.

Pada 13 November, isu ini dibawa ke Knesset untuk diluluskan usul larangan penggunaan pembesar suara di rumah-rumah ibadat, bermula di Masjid Al-Aqsa dan kawasan sekitar.

Di dalam keadaan umat yang sedang lemah, Allah menghuru-harakan musuh dengan menurunkan ancaman dan amaran ke atas Zionis dengan tercetusnya kebakaran besar yang bermula tiga hari lepas di penempatan haram Neve Shalom berhampiran Al-Quds, sebelum merebak sejauh Haifa (rujuk peta).

Mutakhir kebakaran telah menyebabkan sekitar 70 ribu penduduk dipindahkan dari Haifa, ratusan cedera, kerugian ratusan juta dollar, lapangan terbang Tel Aviv dan pelabuhan Haifa ditutup, rayuan kepada negara luar untuk membantu usaha mengawal api serta dengan keadaan kering tanpa hujan, dijangka berterusan selama beberapa hari.

‘Mereka berkehendak memadamkan cahaya (agama) Allah dengan mulut (ucapan- ucapan) mereka, dan Allah tidak menghendaki selain menyempurnakan cahayaNya, walaupun orang-orang yang kafir tidak menyukai.’ ( At-Taubah, 32).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here