Kapal Zaytouna-Oliva Yang Ditahan Israel Perlu Dikutuk

"Misi ini adalah usaha kecil ke arah pembebasan Palestin dan peluang untuk wanita dan kanak-kanak negara itu merasakan bawa dunia ini cakna pada nasib mereka," kata wakil tunggal Malaysia yang menyertai misi berkenaan, Dr Fauziah Hassan.

Kapal Zaytouna-Oliva Yang Ditahan Israel Perlu Dikutuk
Dr. Fauziah Mohd Hassan wakil tunggal daripada Malaysia dan Asia dalam misi kapal kemanusiaan Zaytouna-Oliva “Women’s Boat to Gaza” (WBG) telah ditawan oleh tentera Israel sekitar 8.58 malam semalam.

Kita digemparkan dengan berita penahanan kapal Zaytouna-Oliva yang membawa 13 wanita dalam misi Women’s Boat To Gaza oleh tentera Israel sekitar jam 10 malam tadi.

Sumber berita dari akaun Facebook Rose to Rose menyatakan kapal tersebut dijangka ditunda tentera Israel menuju Pelabuhan Ashdod.

“Misi ini adalah usaha kecil ke arah pembebasan Palestin dan peluang untuk wanita dan kanak-kanak negara itu merasakan bawa dunia ini cakna pada nasib mereka,” kata wakil tunggal Malaysia yang menyertai misi berkenaan, Dr Fauziah Hassan.

Saya bertemu dengannya di Hospital Ampang Puteri pada 6 September lalu.

Gaza merupakan penjara terbesar dunia yang menempatkan hampir 2 juta manusia.

Mereka terkepung, disekat dari keluar masuk secara bebas dan hidup dengan penuh kesengsaraan. Pada ketika tertentu rumah, sekolah, hospital dan sebagainya dibom oleh Israel.

Perjuangan membebaskan bumi Palestin itu adalah tanggungjawab kita semua. Mengapa? Ada tiga sebab untuk kita berjuang membebaskan bumi berkenaan.

Pertama, atas dasar kemanusiaan; kedua, kerana mereka adalah saudara seislam, dan ketiga kerana bumi Palestin itu terletaknya Masjid al-Aqsa yang merupakan kiblat pertama umat Islam.

Misi Women’s Boat To Gaza yang disertai oleh 13 wanita ini berjaya membuka mata masyarakat dunia bahawa perjuangan membebaskan Palestin masih belum selesai.

Kita sedia maklum, misi Women’s Boat To Gaza mengetengahkan objektif yang cukup besar iaitu menghentikan kepungan di Gaza yang berlarutan selama hampir 10 tahun.

Seterusnya, tujuan penganjuran misi keamanan ini adalah untuk memberi kesedaran kepada masyarakat dunia bahawa hak-hak rakyat Palestin harus dikembalikan, di samping menunjukkan solidariti bersama rakyat Palestin – terutamanya wanita dan kanak-kanak – membebaskan bumi mereka daripada cengkaman Zionis.

Ia merupakan usaha yang sepatutnya dilakukan secara bersama oleh seluruh dunia.

Kapal Zaytouna-Oliva membelah lautan selama hampir 20 hari, membawa misi kemanusiaan, keamanan, kecintaan dan kedamaian.

Malangnya ia berakhir dengan tahanan oleh Zionis yang pengecut!

Oleh itu, saya menyeru kepada semua pimpinan daripada semua parti politik dan pertubuhan bukan kerajaan di Malaysia supaya:
1- Mengutuk dan mengecam tindakan Israel terhadap anggota misi Women’s Boat To Gaza sebagai tindakan penakut
2- Mendesak supaya tawanan dibebaskan segera dan diberikan pelepasan untuk menjayakan misi pelayaran
3- Mengecam Israel kerana mengancam keamanan
4- Memberikan pampasan kepada anggota misi kerana mengancam keselamatan semua mereka.

#IsraelPengecut #shameonyouIsrael


LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here