Jeritan Untuk Bilal, Anak Gaza Mati Terhempap

Malam itu, jam 1.30 pagi, zink reput tidak dapat lagi menahan beban 2,3 buah tong air 2000L, lalu runtuh dengan besi asas, tong dan berat air menghempap beliau sekeluarga yang sedang nyenyak tidur.

Jeritan Untuk Bilal

Cuti pagi Jumaat saya semalam dikejutkan dengan bunyi deringan telefon yang tidak putus-putus. Saya mencapai telefon lalu bangun terduduk membaca mesej yang baru masuk. Mengantuk terus hilang daripada mata.

anak-gaza-mati-terhempapMesej memaklumkan bahawa seorang sahabat baru kematian anaknya, dan solat jenazah akan diadakan pada jam 9 pagi. Saya bingkas bangkit menelefon sahabat yang menyampaikan berita, bertanyakan punca kematian. Jawapannya membuat saya terduduk semula.

Sahabat yang kematian anak, tinggal di sebuah rumah usang beratapkan zink di bangunan milik keluarga. Kebiasaan mereka di Gaza, akan meletakkan tong air di atas atap rumah kerana tiada ruang atau sumber membina tapak di sebelah kediaman atau di tempat lain.

Malam itu, jam 1.30 pagi, zink reput tidak dapat lagi menahan beban 2,3 buah tong air jeritan-untuk-bilal2000L, lalu runtuh dengan besi asas, tong dan berat air menghempap beliau sekeluarga yang sedang nyenyak tidur. Anak lelaki, Bilal yang berumur 4 tahun mati dihempap di tempat kejadian, sedang beliau dan isteri koyak-rabak di seluruh badan akibat ditimpa zink, dan anak perempuan alhamdulillah tidak cedera.

Saya bergegas ke rumah beliau, dan mendapati beliau diam tidak berkata-kata, masih tidak percaya dengan apa yang menimpanya. Adik beliau, yang berada di tempat kejadian, memaklumkan bahawa beliau cuba menyelamatkan keluarga, tetapi tatkala mengangkat zink dan mendapati keadaan ngeri Bilal yang telah meninggal dibawahnya, meletakkannya semula. Katanya, melihatkan keadaan rumah sepatutnya seluruh keluarga meninggal dihempap runtuhan atap.

anak-palestin-meninggalLebih menyedihkan, seminggu sebelum kejadian, sebuah NGO datang untuk membaik-pulih rumah beliau yang usang tetapi dibatalkan dengan sebab dana mereka yang terhad.

Sudah tiba masanya kita bertindak. Nasi telah menjadi bubur, tetapi sekurang-kurangnya sejarah boleh dihalang daripada berulang. Saya selalu menyebutkan bagaimana sumbangan kalian boleh menyelamatkan nyawa, nah, ini buktinya!

Walaupun kali ini, mangsa kemiskinan, kepungan dan harga sebuah pembebasan, seorang ayah telah kehilangan anak buat selama-lamanya!

Sumbangkan segera untuk baik-pulih rumah Abu Bilal ke Maybank 5648 1050 7826 atas nama Persatuan Cinta Gaza Malaysia, dan maklumkan kepada saya melalui whatsapp +60197095092.

Pohon kongsikan.

#jeritanuntukbilal
#anakmatidihempap

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here