Jenazah Ustaz Fadzli Al-Yamani Tidak Dapat Dikebumikan Di China

Isunya adalah peraturan kerajaan China. Sejak 20 tahun lalu, tiada lagi orang asing dikebumikan disini. Allahuakbar. Ini satu keputusan yg amat besar saya ambil.

Oleh: Muhd Abdurrahman

Assalamualaikum semua.

Ayah ayah ibu ibu, para asatizah tuan tuan guru dan semua yang mengenali Al Marhum Ustaz Muhammad Fadzli Al Yamani.

Saya dengan dukacita ingin memaklumkam bahawasanya jenazah baba tidak dapat dikebumikan di China .

Isunya adalah peraturan kerajaan China. Sejak 20 tahun lalu, tiada lagi orang asing dikebumikan disini. Allahuakbar. Ini satu keputusan yg amat besar saya ambil.

Kami mengucapkan terima kasih banyak banyak kepada kedutaan Malaysia di China kerana bertungkus lumus menguruskan jenazah dan memberi statement yg begitu jelas kepada kami.

Antara isu lain yg timbul adalah, pejabat pejabat di sini akan bermula cuti selama 10 hari. Bermula hari sabtu, cuti hari kebangsaan . jadi tidak akan ada sebarang urusniaga yg berlaku. AllahuRabbiy, andai kata lebih 10 hari lagi disimpan mana sanggup saya seksa jenazah baba.

Tidak dapat tidak, jenazah baba perlu dibawa pulang sebelum hari jumaat.

Berdasarkan apa yg kami difahamkan, jumaat ini adalah paling awal (Bukan keputusan tetap) . Kerana urusan dokumentasi yang begitu susah dan lama untuk selesaikan.

Jadi mohon doa semua agar Allah buka jalan supaya jenazah baba dimudahkan dibawa pulang.

Untuk urusan mandi jenazah, untuk solat ghaib di Malaysia. Kami tiada keputusan yg tetap lagi. Nantikan update seterusnya.

Keputusan ini amatlah berat bagi saya putuskan. Ba, maafkan ana ba

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here