Ini Hujah Aisyah RA 9 Tahun Ketika Menikahi Nabi SAW – Jonathan Brown

Jika Aisyah RA berusia 40 tahun ketika menikahi Nabi salallahualaihiwassalam pun mereka belum tentu akan beriman!

Aisyah RA 9 Tahun Ketika Menikahi Nabi SAW

Aisyah RA berumur 9 tahun ketika menikahi Nabi Salallahualaihiwassalam

Prof. Dr. Jonathan Brown mengemukakan hujah beliau ;

1. Hadis tentang umur Aisyah RA menikahi Nabi ketika berusia 9 tahun diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Muslim dengan sanad yang sahih dan ianya diceritakan sendiri oleh Aisyah RA bukan orang lain!

Hadith-hadith ini lebih utama dari seluruh riwayat SYAZ dan khabar yang tidak pasti dari sirah dan anggaran pihak tertentu.

2. Sejak zaman Nabi salallahualaihiwassalam sehinggalah waktu kewafatan baginda, tidak ada seorang pun musuh Islam yang membencikan nabi NAMUN menggunakan hujah perkahwinan Aisyah dengan baginda ketika usia 9 tahun sebagai satu alasan untuk mencela baginda.

* Ini kerana mereka juga melakukannya dan ia amalan praktis yang umum dilakukan oleh masyarajat arab yang :

– Tiada sekolah dan tadika
– Tiada Universiti
– Tiada Polis dan peraturan moral seperti kita hari ini.

* Adapun perkahwinan Nabi salallahualaihiwassalam (HIS SEX LIFE) dengan Zainab binti Zahsy RA dijadikan ‘bahan’ untuk menghina baginda namun tidak perkahwinan Aisyah RA.

Kerana isu umur ialah satu hal yang tidak menjadi isu kecuali hari ini!

* Justeru adalah salah menilai ‘situasi zaman dulu’ dengan neraca hari ini.

3. Amalan mencela atau mengkritik Nabi salallahualaihiwassalam kerana menikahi Aisyah yang berusia 9 tahun hanya bermula atau muncul dalam sejarah pada tahun 1905 M yang dimulakan oleh seorang ahli sejarah British yang bernama David Samuel Margoliouth yang mengarang buku bertajuk : Mohammed and the Rise of Islam (1905).

Sebelumnya tiada siapa memperkatakan soal pernikahan Nabi dengan Aisyah RA, kecuali lelaki jahat ini yang merupakan seorang orientalist.

# Adalah tidak wajar dan menyedihkan para ahli agama hari ini yang berusaha bersungguh-sungguh mendapatkan penghormatan dari orang kafir demi mencari keredhaan mereka agar tidak mencela Islam kerana pernikahan Nabi salallahualaihiwassalam dengan Aisyah RA.

Allah Azza wa Jalla berfirman:

وَلَن تَرْضَىٰ عَنكَ الْيَهُودُ وَلَا النَّصَارَىٰ حَتَّىٰ تَتَّبِعَ مِلَّتَهُمْ ۗ قُلْ إِنَّ هُدَى اللَّهِ هُوَ الْهُدَىٰ ۗ وَلَئِنِ اتَّبَعْتَ أَهْوَاءَهُم بَعْدَ الَّذِي جَاءَكَ مِنَ الْعِلْمِ ۙ مَا لَكَ مِنَ اللَّهِ مِن وَلِيٍّ وَلَا نَصِيرٍ

“Dan orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan redha kepada kamu (Muhammad) sebelum engkau mengikuti agama mereka. Katakanlah, ‘Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya).’ Dan jika engkau mengikuti keinginan mereka setelah ilmu (kebenaran) sampai kepadamu, maka tidak akan ada bagimu Pelindung dan Penolong dari Allah.” [Al-Baqarah: 120]

Jika Aisyah RA berusia 40 tahun ketika menikahi Nabi salallahualaihiwassalam pun mereka belum tentu akan beriman!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here