Ibadah Haji: Berbasikal Dari London Ke Mekah

Penunggang basikal, berbasikal dari UK ke Mekah untuk mengerjakan haji.

Diafahamkan aktiviti mengayuh basikal ini adalah daripada program ‘Hajj Ride’ yang diwujudkan bagi mengumpul dana dalam membantu peringankan penderitaan rakyat Syria.

Aktiviti kayuhan ini akan merentasi lapan buah negara. Dianggarkan perjalanan yang akan diharungi adalah sejauh 3500km dengan anggaran masa selama 6 minggu.

Lapan buah negara tersebut adalah termasuk England, Perancis, German, Switzerland, Itali, Greece, Mesir dan Arab Saudi.

Perjalanan ini akan diakhiri dengan perlaksanaan ibadah haji, rukun Islam yang ke-5.

Mereka berharap, kayuhan amal ini akan menyedarkan dunia tentang keindahan Islam dan membantu meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai penderitaan yang dialami oleh rakyat Syria.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai mereka, anda boleh lawati website hajjride.com

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here