Hijrah Rasulullah SAW Bukan Pada Bulan Muharram

Jadi, ada sedikit kekeliruan pada lirik nasyid yang kita dendangkan semenjak kecil dahulu..."Satu Muharram detik permulaan....perpindahan nabi dan umat Islam..."

Hijrah Rasulullah SAW Bukan Pada Bulan Muharram

Hijrah Rasulullah Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam ke Madinah bermula pada bulan Safar.
Manakala sahabat-sahabat lain ramai yang berhijrah beberapa bulan sebelum Baginda. Baginda sampai di Madinah pada bulan Rabi’ul Awwal. (Lihat al-Rahiq al-Makhtum, kitab sirah karangan Safiy al-Rahman al-Mubarakfuri) bukan bulan Muharram.

Jadi, ada sedikit kekeliruan pada lirik nasyid yang kita dendangkan semenjak kecil dahulu…”Satu Muharram detik permulaan….perpindahan nabi dan umat Islam…”

Agak pahit untuk menyampaikan, apatah lagi hendak ditelan, tetapi kebenaran bukan untuk terus disimpan.

Muharram adalah bulan pertama dari 12 bulan dalam perkiraan orang-orang Arab sejak zaman jahiliyyah. Namun mereka tidak ada sistem tahun seperti sekarang.

Maka khalifah Umar bin al-Khattab Radhiayallahu ‘Anhu memutuskan, selepas perbincangan dengan para sahabat yang lain, perkiraan tahun bagi umat Islam ialah bermula pada tahun hijrah Rasulullah Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam. Pada tahun Rasulullah berhijrah itu, Baginda berhijrah dari tempoh Safar hingga Rabiul Awwal, bukan dalam 1 Muharram.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here