Fiqh Dan Politik Bulu Babi

Fiqh Dan Politik Bulu Babi

Fiqh Dan Politik Bulu Babi

Jangkaan ramai bahawa isu bulu babi ini akan berpanjangan menjadi kenyataan. Lebih seminggu berlalu masih belum reda. Bermula dengan “pembongkaran” di akhbar, bertukar menjadi isu fiqh yang kini berbaur politik.

Isu ini straight forward dan mudah diselesaikan. Kita sudah ada undang2 yg berkaitan dan sepatutnya digunakan peraturan sedia ada untuk selesaikan. Tapi oleh kerana masyarakat kita “oversensitive” dengan terminologi babi, maka reaksi kita mungkin agak “overreactive” dalam isu ini, menjadikan ia agak sukar utk padam. Ia ditambah dengan campuran elemen politik yg menjadikannya agak rumit utk diselesaikan mengikut aturan sedia ada.

Isu sebegini sebenarnya adalah sangat kecil berbanding ratusan isu besar lain yang dihadapi oleh umat Islam lokal atau global. Ia hanya satu isu cabang dalam Fiqh al-Taharah. Timbulnya isu ini mungkin atas niat baik pihak media, untuk menjaga hak pengguna Muslim. Tetapi ia diperbesarkan oleh kalangan tertentu yang melihat isu sebagai peluang mencari mileage politik.

Babi, sebagaimana tersedia maklum, walaupun dianggap “the filthiest animal,” tetapi ia juga disebut sebagai “the most consumable animal on the planet.” Unik. DNAnya pun hampir sama dengan manusia. Semua bahagian dari babi digunakan: daging, lemak, darah, tulang, kulit, bulu malah najisnya turut dimanfaatkan oleh manusia (non muslim), dalam pelbagai produk; dari makanan, farmaseutikal, pakaian, fotografi hinggalah persenjataan.

Ada 185 produk di pasaran yang mengandungi pig by-products, menurut seorang researcher Belanda, Christien Meindertsma yang menulis buku Pig 05049 pd 2009. Jadi, babi dan by-productnya ada banyak di pasaran termasuklah bulunya yang dijadikan berus, seperti berus cat, berus lukisan dan sebagainya. Bulu babi menjadi pilihan kerana cabang tiga di hujungnya menjadikannya dapat “memegang” cat dsb supaya tidak mudah menitik sekaligus menjadikannya lebih efisien untuk digunakan.

Dari sudut fiqh, ada banyak khilaf fuqaha tentang babi dan derivatifnya.

Yg sabit dalam nas dan menjadi ijmak ulama ialah haram makan dagingnya (termasuk organ dalaman spt hati, jantung, otak, lemak, limpa dsb) berdasarkan Quran: al-Baqarah 172; al-Maidah 3, al-An’am 145 dan al-Nahl 115.

‘Ain atau Fizikalnya: Khilaf:
Jumhur: najis (mughallazah dalam mazhab Syafii) dan perlu disertu jika tersentuh, qiyas kpd anjing.
Maliki, Zahiri: tidak najis.

Air liurnya: Khilaf:
Jumhur: Najis, disertu sbgmana air liur anjing.
Maliki, Zahiri tidak najis. Sebahagian Hanabilah: najis tapi hanya perlu basuh biasa, bukan sertu.

Tulang: Khilaf:
Jumhur: sama dengan hukum daging.
Zahiri: harus.

Kulit: Khilaf:
Jumhur: najis walaupun menjalani proses pembersihan (dibagh).
Zahiri, Abu Yusuf: suci setelah dibersihkan.

Bulu: Khilaf:
Hanafi, Syafii & Hanbali: najis.
Maliki, Ibn Taymiyah: tidak najis. Hanafi: boleh untuk jahitan dalam kes keperluan.

Produk terhasil dari organ babi seperti gelatin, pepsin, enzim, serum, insulin (porcine products): Khilaf: Syafie & Hanbali: Najis/Haram.
Hanafi & Maliki: Suci/Harus berdasarkan istihalah (jika istihalah tammah), tidak harus jika hanya perubahan fizikal sahaja.

Paling longgar dalam isu babi ialah mazhab Zahiri. Bagaimanapun Daud al-Zahiri berseorangan dalam hal ini. Ibn Hazm walaupun dari jalur mazhab yang sama tidak bersama beliau. Dalam kitabnya al-Muhalla, Ibn Hazm menyatakan semua produk dari babi adalah haram.

Paling ketat dalam isu ini, dan sememangnya dalam mana2 hukum Fiqh al-Taharah, ialah mazhab Syafii.

Hukum2 di atas yg digariskan oleh fuqaha silam, di samping berasaskan kaedah istidlal yg berbeza, ijtihad mereka juga berasaskan kerangka realiti uruf semasa dan zuruf setempat. Babi bukan binatang popular dalam masyarakat Arab dan Timur Tengah tetapi sangat lumrah di sebelah Barat dan Asia Timur, serta Amerika.

Fiqh tentang babi di Timur Tengah mungkin tidak sesuai di sebelah sini. Sensitiviti orang Arab terhadap babi dan anjing tidak setinggi sensitiviti orang Melayu terhadap dua makhluk ini. Sensitiviti masyarakat perlu diambilkira kerana ia adalah sebahagian dari psikologi masyarakat, natijah dari didikan murni dan nilai budaya yang tertanam ampuh sebagai tradisi murni masyarakat. Ia penting dalam tafsiran fiqh tempatan. Fatwa perlu mengambilkira faktor ini, jika tidak, ia menjadi fatwa gersang.

Dalam konteks isu berus bulu babi yang menjadi bahan polemik hari ini, atau apa2 bahan dari babi, seeloknya kita kembali kepada zuruf dan bi’ah di Malaysia. Berdasarkan beberapa kajian, hampir keseluruhan masyarakat Melayu Islam, secara psikologinya tidak boleh menerima babi dan anjing dan apa-apa saja produk dari keduanya. Noktah. Najis Mughallazah! Tiada kompromi. Nilai dan tradisi ini dianggap suci tidak boleh digugat oleh mana2 tafsiran fiqh lain yang mungkin lebih “terbuka” dan menongkah arus. Ingatkah lagi anda debat tentang jilatan anjing 1936 antara figura Kaum Tua dan Kaum Muda di Istana Kelantan? Walaupun ada pandangan luar mazhab Syafii yg lebih toleran disyorkan oleh Kaum Muda, ia sukar diterima masyarakat hingga kini.

Justeru, tradisi murni ini haruslah dipelihara. Ia mungkin lebih baik, buat masa ini, dari mengutip pandangan fiqh luar mazhab yg sukar “dilute” dlm masyarakat kita. Bukan bermakna kita menolak fiqh mazhab lain secara mutlak, tetapi harus diterima secara selektif atas keperluan dan disesuaikan mengikut kes. Ada kes yg kita boleh terima fiqh mazhab lain, ada kes yang tidak.

Menggunakan hujah analogi “oleh kerana kita menerima pandangan mazhab lain dalam isu bayaran zakat fitrah dengan nilai makanan ruji, dan dalam kes2 muamalat lain, maka kita perlu menerima semua pandangan dari luar mazhab dalam semua perkara..” adalah pendekatan yg jauh dari realiti masyarakat kita. Pandangan ini kontang dan tidak memahami jiwa serta keperluan masyarakat. Tambahan pula, isu zakat fitrah dsb telah diterima umum dan dijadikan peraturan. So.. Non issue. Isu babi, belum dapat diterima. Cuma kita mengharapkan para sarjana hukum kita tampil mengemukakan garis panduan mengurus ‘umum al-balwa dalam kes2 di mana masyarakat sukar mengelakkan perkara2 najis dan haram spt anjing dan babi dlm realiti masyarakat majmuk Malaysia.

Berbalik kpd isu asal. Undang2 sedia ada di negara kita, iaitu melalui Perintah Perihal Dagangan mewajibkan penandaan produk dari babi dan anjing. Ia telah mengambilkira sensitiviti masyarakat. Jika tidak ditandakan, ia menyalahi peraturan dan boleh diambil tindakan. Jelas. Justeru, apa masalahnya jika KPDNKK menjalankan kuatkuasa undang2 dlm isu ini? Tidak perlulah campurtangan dan campurkaki politik serta sentimen perkauman dlm isu ini sehingga seolah menyisihkan prinsip the rule of law.

Tidak munasabah dan di luar kotak akal jika ada pemborong, pembekal dan peniaga yg tidak tahu berus cat banyak dibuat dari bulu babi. Mereka ni baru berapa minit jadi peniaga? Atau mereka ini tidak sedar mereka berada di negara mana? Takkanlah hidup puluhan tahun di sebuah negara multi rasial, multi agama dan multi budaya masih gagal memahami budaya dan sensitiviti agama dan bangsa lain? Akhirnya isu ini menjadi modal bagi mereka yg bijak mencari peluang, utk menjaja agenda politik masing2. Natijahnya pengguna Muslim jugalah yg kena beralah.

Bagaimanapun kita tetap mengharapkan suatu yg positif dari kelunakan pihak kerajaan menangguhkan kuatkuasa peraturan penandaan produk tersebut. Selepas tempoh sebulan yg diberikan, isu ini harapnya akan selesai. Begitu juga isu2 halal yg lain.

Masyarakat penggemar babi perlulah lebih perihatin bahawa mereka hidup dalam negara majoriti Muslim yg sensitivitinya sangat tinggi terhadap babi dan anjing. Jadi, agak-agaklah.. Jangan buat-buat tak tahu..

Wallau A’lam..
DSM
11 Februari 2017

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here