Cerita Luar Biasa Pemilik Restoran Muslim Di Washington Yang Memberi Makan Kepada Gelandangan Secara Percuma

Cerita Luar Biasa Pemilik Restoran Muslim Di Washington Yang Memberi Makan Kepada Gelandangan Secara Percuma:

Cerita Luar Biasa Pemilik Restoran Muslim Di Washington Yang Memberi Makan Kepada Gelandangan Secara PercumaWashington: Tidak asing lagi bagi gelandangan yang hidup di sekitar Franklin Square dengan nama Kazi Mannan, seorang yang mempunyai hati yang mulia memberi makan kepada mereka yang tidak mempunyai tempat tinggal secara percuma saban hari.

Kazi Mannan merupakan pemilik restoran Mayur Kabab House yang terletak di K Street, di sebalah utara Washington. Mayur Kabab House juga turut berdekatan dengan White House. Menu yang dihidangkan adalah daripada campuran Pakistan-India yang mana merupakan masakan daripada tanah airnya sendiri (Pakistan).

Kazi Mannan Makanan PercumaMenu yang dihidangkan kepada gelandangan bukanlah masakan biasa yang murah-murah, namun turut menyajikan makanan yang mahal seperti Nasi Beriani beserta ayam Tandori, roti Nan, kacang kuda, kentang dan bunga kubis.

Kazi Mannan berkata, “Kadang-kadang mereka datang seramai 15-20 orang. kadang-kadang tiada orang. Kami berdoa agar Tuhan menghantar seseorang, awak tahu..”.

“Untuk makan tengahari hari ini, hampir 20 orang yang tidak mempunyai rumah datang ke mari untuk makan. dan mereka dilayan seperti mana-mana tetamu lain dengan satu perbezaan utama, iaitu mereka makan secara percuma”.

Seorang gelandangan yang bernama Dawud Proctor turut terkejut dengan layanan yang diberikan oleh Kazi Mannan ini. dia berkata; “Ya, ia mengujetkan saya, kerana saya tidak terfikir masih terdapatnya saudara-saudara  di luar sana yang membantu mereka-mereka yang tidak mempunyai tempat tinggal.

Darren Staton, yang telah kehilangan tempat tinggal untuk beberapa tahun yang lepas berkata makanan ini dan sikap yang ditunjukkan oleh Kazi Mannan adalah satu rahmat dari Allah SWT.

Antara Gelandangan Yang Dihidangkan Nasi Beriyani

“Jadi kami menghargai lelaki ini yang membawa makanan kepada kami untuk makan. Kadang-kadang pada hari Ahad ianya agak perlahan. Kadang-kadang kami perlu ke sana dan ke mari, merayu atau kami ambil satu cawan dan cuba dapatkan duit untuk makan dan hidup di luar sana”. Kata Darren Staton.

Kazi Mannan berasal daripada keluarga yang susah. Beliau membesar di sebuah ladang di sebuah perkampungan yang kecil di Pakistan. Beliau menceritakan kisah silamnya semasa kecil dengan rumah yang tidak mempunyai bekalan elektri dan air serta hanya belajar di bawah pokok.

“Kami tidak mempunyai bekalan elektrik. Kami tidak mempunyai bekalan air. Sekolah, percaya atau tidak hanyalah di bawah pokok. Saya belajar hanya di bawah pokok. Apabila hujan lebat turun, guru saya kata balik ke rumah, kerana tidak ada binaan”.

Untuk menyara hidup keluarganya, seawal usia 12 tahun dia telah menjual ais dan sayur-sayuran. Sekolah terbaik Makanan Percuma Di Wasingtonjaraknya adalah 4 batu. Jadi itulah jarak yang dilaluinya dengan berjalan kaji semata-mata untuk mendapatkan pendidikan yang formal. Pada tahun 1996, pada usia 25 tahun, Kazi Mannan berkata bahawa visanya telah diluluskan dan telah membuat pinjaman untuk membeli tiket kapal terbang ke Amarika. Dia mula bekerja sebagai juruwang dengan gaji sebanyak 3 Dollar sejam di stasyen gas.

“Bila saya sampai di Amerika, saya hanya mempunyai 3 Dollar dan saya mula hidup saya dengan tiada apa-apa pada asasnya”. Kata Kazi Mannan.

Kerja keras akan mengubah hidupnya. Dia berkata bahawa dia bekerja dua Shift, kemudian dengan pelbagai-bagai kerja. Dengan duit simpanan yang cukup dia telah membeli sebuah Limousin. Apabila memikirkan suatu hari nanti  akan ada seorang budak yang dahulunya tidak mempunyai apa-apa mampu membawa orang-orang ternama, membuatkan dia lagi bersemangat. Dia menyambung lagi dengan berkata satu Limousin telah bertukar kepada kereta-kereta yang banyak. Bisnes dia berkembang dengan baik sehinggakan dia mampu membuka sebuah restoren pada 20 tahun selepas itu.

Apabila diberi tahu kisah kehidupan Kazi Mannan kepada Darren Staton, dia terkejut. katanya; “Wow!, biar betul? Jadi dia mesti faham. Itu suatu yang baik. Ianya masuk akal sekarang. Sangat masuk akal. Wow!

Namun untuk betul-betul memahami Kazi Mannan anda perlu tahu satu perkara ini.

“Saya suka memberikan makanan kepada rumah gelandangan”. Kata Kazi Mannan.

Setiap hari Ahad, Kazi Mannan menyediakan makanan yang lebih untuk dihantar ke Pusat Kementerian Georgetown. Dia memberi makan tengahari kepada sedozen gelandangan baik lelaki mahupun wanita.

Kazi Mannan berkata bahawa satu pandangan skeptikal baru-baru ini mengatakan jika dia memberikan makanan secara percuma pastinya bisnes yang disahakannya akan lingkup tanpa mengira masa. Walau bagaimanapun Kazi Mannan percaya, lebih banyak dia beri makan lebih banyak Tuhan merahmatinya.

Makanan Percuma Untuk GelandanganSambungnya; “Saya kira ini semua daripada tuhan kerana misi saya adalah datang daripada Tuhan”.

Dan dia tidak akan melupakan apa yang dinasihatkan oleh ibunya tentang berpegang teguh dengan Imannya dalam menghadapi perasaan putus asa. Ibunya berkata bahawa jika kamu berkongsi walaupun kamu tiada apa-apa, Tuhan akan membantumu daripada kegelapan kepada cahaya.

Sebelum berundur diri, Dawud Proctor memberi tahu; “Itu merupakan segala jawapan yang diperlukan hidup untuk dirahmati oleh Tuhan dan Tuhan akan membantumu, dan aku tahu Dia akan. Kamu hanya perlu memulakan langkah pertama. Dia tidak akan melakukan segala-galanya untuk kamu.

Kazi Mannan memberi tahu bahawa dia berharap suatu hari nanti, dia akan pulang ke Pakistan dan akan membuka pusat bagi wanita dan sekolah untuk kanak-kanak.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here