Burger P Ramly – “Masih Tidak Faham Sensitiviti Muslim”

Jika dilihat pada kenyataan pemilik restoran berkenaan, ia bertujuan memberi penghormatan kpd Ramly Burger yg merupakan ikon negara dlm industri burger (boleh terima ke alasan ni??).

Isu Burger P Ramly -

Isu Halal lagi.. Burger P Ramly, viral hari ni.

Jika dilihat pada kenyataan pemilik restoran berkenaan, ia bertujuan memberi penghormatan kepada Ramly Burger yang merupakan ikon negara dlm industri burger (boleh terima ke alasan ni??).

Bagaimanapun, menggunakan singkatan P. Ramly (P = Pork mengikut penjelasan pemiliknya) mencetuskan kemarahan dan kontroversi dlm kalangan masyarakat Muslim krn ia menyerupai nama ikon besar perfileman Melayu, P Ramlee. Nama Ramly pula adalah nama usahawan tersohor Melayu Muslim.
Wp tujuannya mungkin “baik”, tetapi ia sudah tentu akan mengelirukan pengguna Muslim dan kekeliruan ini telah pun berlaku.

Dalam isu ini, boleh dirumuskan beberapa perkara:

1. Dalam realiti multikulturisme Malaysia sejak lebih setengah abad, masyarakat non Muslim masih tidak memahami sensitiviti dan limitasi masyarakat Muslim. Menggunakan nama Muslim pada produk yg jelas haram ibarat satu provokasi yang mencalar sensitiviti dan mencetus keresahan umat Islam. Menamakan produk yg bersifat najis mughallazah dengan nama Islam (Pork Ramly) juga satu penghinaan tahap maksima.

2. Tahap keperihatinan pengguna Muslim berada pada tahap yang agak kurang munasabah kerana produk ini dilancarkan pada 31 Ogos lalu, setelah hampir dua bulan baru menjadi viral. Sama ada ramai yang terkena tetapi tidak membuat aduan, atau tiada org Islam yg tertarik utk membeli produk tersebut kerana premisnya tidak patuh halal. Ia menjadi viral kerana berlaku kes pengguna Muslim “hampir terbeli” produk haram ini.

3. Isu halal semakin mendapat keperihatinan media dan juga sering viral di media sosial. Ini sangat baik untuk pendidikan kepenggunaan Islam. Cuma yg viral palsu pun banyak juga… ?

Sedikit cadangan:

1. Dalam pemberian lesen, pihak berkuasa tempatan (PBT) atau KPDNKK perlu meletakkan syarat wajib meletakkan tanda “Non Halal Premise” (atau Serve Non Muslim Food atau yang semakna dengannya) bagi setiap premis makanan/ restoran yang menyajikan produk berunsur haram seperti daging babi dan arak. Tanda tersebut perlu diletakkan dengan jelas di hadapan premis bagi mengelakkan masyarakat Islam terkeliru.

2. KPDNKK perlu lebih tegas bertindak dalam isu ini bagi mengelakkan kes sebegini berulang dan memberi pengajaran kepada yang lain. Kenakan tindakan dan denda maksimum! Tiada kompromi dalam isu halal!

3. Pengguna Muslim pun.. perlulah lebih peka memilih makanan yang halal. Dalam kajian kami, masih ramai Muslim di Malaysia yg memilih restoran yang diragui kehalalannya. Sikap begini menyumbang kepada berleluasanya “penipuan” halal dan manipulasi oleh pihak tertentu.

4. Bagi pengusaha premis Non Muslim yg mendakwa menyajikan makanan halal, mohonlah sijil halal, bukannya susah pun dan bukannya mahal.. Ramai pun yang dah ada sijil halal. Malah logo halal menjadi daya penarik bisnes anda.

5. Bagi pengusaha restoran Muslim, anda pun perlu mohon pensijilan halal. Jangan rasa selesa dgn keislaman kita hingga mengabaikan aspek halalan tayyiban, terutamanya yg melibatkan isu kebersihan! Pensijilan halal sangat menitikberatkan aspek kebersihan.

6. Pengusaha restoran non Muslim… Tolonglah lebih peka.

DSM
25102016

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here