Biodata Dr Fauziah Mohd Hasan

Dr. Fauziah sememangnya layak menerima pengiktirafan ini. Kepakaran beliau dalam bidang O&G dan cintanya kepada kerja-kerja kemanusiaan telah membawa beliau berkhidmat di Kosovo (1999), Maluku (2000), Afghanistan (2001, 2002, 2003), Aceh (2005), Pakistan (2005) dan Gaza (2009) ketika bersama MERCY Malaysia sebelum ini.

Biodata Dr Fauziah Mohd Hasan

Biodata Dr Fauziah Mohd Hasan:

Dr. Fauziah Hasan merupakan anak kelahiran Terengganu. Beliau berkahwin dengan Prof Dr. Alauddin Mohd Ali yang sedang berkhidmat di UKM serta pakar dalam bidang elektronik.  Hasil perkahwinannya dengan Prof. Dr. Alauddin, mereka memperolehi tiga orang anak serta enam cucu.

Pada tahun 1982, Dr. Fauziah menerima Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan (MBBS) daripada University of Tasmania, Australia, serta MRCOG United Kingdom pada tahun 1991. Beliau turut merupakan felo di Kolej Diraja Obstetrik dan Ginekologi (United Kingdom) (FRCOG) pada tahun 2003.

Di Malaysia, beliau berkhidmat sebagai perunding di Hospital Pakar Ampang Puteri, Kuala Lumpur. Dr Fauziah sangat aktif dalam aktiviti kemanusiaan, pertama dengan Persatuan Bantuan Perubatan Malaysia (MERCY Malaysia) di mana beliau berkhidmat sebagai Bendahari (2000-2006).

Beliau terpilih sebagai salah seorang daripada 20 orang anak kapal WBG. Dengan pemilihan ini, Dr. Fauziah secara tidak langsung mewakili rantau Asia Tenggara khususnya dan negara-negara Islam amnya dalam misi ini.

Dr. Fauziah sememangnya layak menerima pengiktirafan ini. Kepakaran beliau dalam bidang O&G dan cintanya kepada kerja-kerja kemanusiaan telah membawa beliau berkhidmat di Kosovo (1999), Maluku (2000), Afghanistan (2001, 2002, 2003), Aceh (2005), Pakistan (2005) dan Gaza (2009) ketika bersama MERCY Malaysia sebelum ini.

Beliau diberi kepercayaan sebagai Timbalan Pengerusi Aqsa Syarif dari tahun 2010. Aqsa Syarif adalah sebuah NGO kemanusiaan Malaysia yang memperjuangkan isu-isu Palestin. Pada tahun 2015, Aqsa Syarif telah dikendalikan di bawah payung Humanitarian Care Malaysia Berhad (MyCare), sebuah organisasi kemanusiaan melangkaui sempadan Palestin sementara Dr. Fauziah Hasan adalah ahli Lembaga Pemegang Amanah kepada organisasi ini.

Beliau kemudian mengetuai usaha mengasaskan Rose2Rose (R2R) yang memfokuskan kepada pemerkasaan wanita dan kanak-kanak. Kerja keras beliau melalui R2R begitu signifikan sehingga beliau dinobatkan sebagai ‘Tokoh Aktivis Kemanusiaan’ oleh International Coalition for Jerusalem and Palestine pada tahun 2014.

Di MyCARE, beliau terus mengepalai pelbagai inisiatif dan menjadi sumber inspirasi kepada kakitangannya. Penglibatan dalam Women’s Boat to Gaza (WBG) akan menjadi satu lagi batu tanda pencapaian cemerlang beliau dalam khidmat kemanusiaan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here