Beginilah Keadaan Pintu Sempadan Rafah Mesir Palastin Apabila Dibuka

“Tidak ada sesiapa yang dapat menulis kisah benar permusafiran yang lebih tragis dan teruk daripada apa yang dilalui oleh penduduk Gaza untuk kembali ke tanah air mereka”

Oleh: Nadir Al-Nuri – Projek Koordinator Persatuan Cinta Gaza Malaysia (From Gaza With Love) Di Gaza

Musafir Ke Penjara

Saya menyebut ke penjara, kerana destinasi ini dikepung dari segenap arah, atas bawah depan belakang kiri dan kanan, dan pintu masuk-keluarnya ialah pintu Rafah yang dikawal tentera Mesir.

Tidak ada sesiapa yang dapat menulis kisah benar permusafiran yang lebih tragis dan teruk daripada apa yang dilalui oleh penduduk Gaza untuk kembali ke tanah air mereka.

kisah-permusafiran-paling-tragis-penduduk-palestinSecara paksa-rela, perjalanan yang sepatutnya mengambil masa 4 jam daripada Kaherah ke sempadan Rafah dan mungkin sejam untuk urusan pasport, boleh meleret sehingga ke lima, enam hari. Itupun dalam keadaan sempadan maklum dibuka untuk umum; kalau tidak banduan di negara sendiri ini akan tersadai selama sebulan, dua bulan atau lebih bergantung nasib masing-masing.

Kepayahan bermula dengan mendapatkan visa masuk ke Mesir tatkala berada di negara luar, sehinggalah perjalanan fasa pertama yang biasanya bermula di Kaherah dan berakhir di Al-Areesh; perjalanan darat yang merentasi bandar, perkampungan, padang pasir dan Terusan Suez yang sepatutnya mengambil masa beberapa jam berlarutan kerana sekatan demi sekatan tentera yang memeriksa entah mencari apa.

Kalau nasib tidak baik, beberapa jam pula akan dihabiskan tatkala menunggu giliran menaiki feri melalui Terusan Suez, kerana Jambatan As-Salam yang ditutup atas sebab keselamatan.

keadaan-pintu-sempadan-rafah-mesir-palastinPerjalanan ini adalah satu perlumbaan, usaha untuk memasuki Al-Arish sebelum bermula tempoh darurat pada jam 1 pagi, sebelum mereka yang berlegar di luar rumah dianggap penjenayah dan tentera bebas untuk ‘shoot to kill’.

Fasa pertama ini fasa yang paling mudah. Fasa kedua yang biasanya digeruni, tatkala para musafir bangun seawal jam 5 pagi untuk bergegas ke sempadan Rafah dari Al-Arish. Perjalanan ini dalam keadaan normal mengambil masa 45 minit, tetapi untuk penduduk Gaza tidak ada yang normal.

Fasa bermula dengan keluar dari bandar Al-Arish ke checkpoint pertama, checkpoint Ar-Rees, di mana ratusan kenderaan yang bergerak ke sempadan ditahan dan segala muatan dan bagasi diturunkan untuk diperiksa satu-persatu oleh pihak tentera Mesir. Checkpoint ini biasanya menjanjikan penantian selama 5 atau 6 jam, selain 7 atau 8 checkpoint lain sepanjang perjalanan.

Tiba di sempadan, ribuan insan yang menanti pintu dibuka ibarat manusia di padang mahsyar, dikumpul dan dihambat di hadapan kereta kebal dan kereta perisai Mesir, ditengking dan dirotan sambil sesekali tembakan dilepaskan ke udara untuk mengurus longgokan manusia.

Setelah dua atau tiga jam, mereka akan berjaya melepasi pintu pagar pertama, sebelum mengheret beg ke pintu kedua, pintu masuk ke balai ketibaan.

pintu-sempadan-rafah-dibukaDi balai ketibaan, pasport diserahkan dan bermula penantian terakhir, untuk pasport diperiksa dan dicop. Urusan ini adalah seperti berikut – ratusan manusia bertolak dan berhimpit untuk mendapatkan borang yang perlu diisi, kemudian bersesak untuk menghantar pasport di beberapa kaunter yang ada, kemudian menunggu nama dilaungkan untuk pasport diambil semula.

Tiada nombor giliran, tiada sistem, tiada barisan, tiada peraturan.

Oh ya, kami menunggu selama dua hari sehinggalah nama dipanggil dan dibenarkan untuk bergerak ke sempadan sebelah Gaza.

Dua hari di balai yang tidak ada aircon, bersama ratusan manusia, anak-anak kecil, tanpa minuman dan makanan, serta 3 unit tandas yang dalam jam-jam pertama menjadi loji kumbahan akibat ramainya manusia.

Saya difahamkan kelompok yang kurang bernasib baik terpaksa tidur di jalanraya di luar pintu utama selama beberapa hari sebelum keengganan mereka berganjak memaksa Mesir membuka pintu sempadan semula.

Masih berminat mahu ke Gaza? Ahlan wasahlan!

From Gaza With Love

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here