Apa Yang Boleh Diambil Iktibar Daripada Polemik Isu Anjing Di Malaysia?

Berikut merupakan rumusan oleh Dr. Saadan Man terhadap isu anjing yang menjadi polemik perdebatan di Malaysia. Beliau telah mengeluarkan beberapa pandangan mengenai isu ini sebelum ini yang bertajuk Fiqh Dan Politik Bulu Babi dan Pembetulan “Fakta” Gambar dari “The Malaysian Insider”.;

Penutup Polemik Isu Anjing

Terlebih dahulu saya dengan rendah hati ingin merakamkan penghargaan kepada semua likers posting saya terdahulu hingga mencapai 2.1k dan perkongsian 1.6k. Saya tidak tahu di mana “wow factor”nya kerana ia cuma satu usaha kerdil saya memperbetulkan kesalahan pada gambar lama yg ditularkan. Rasa amat terharu dan saya amat hargainya. Terima kasih juga atas semua komen yg diberikan. Maaf dipohon saya tidak sempat membaca semuanya dan membalasnya kerana hambatan pelbagai tugasan.

Saya tidak begitu berminat utk memanjangkan polemik isu anjing ini kerana ia bukanlah keutamaan ummah sekarang. Lambat laun jemu dan letih akan menoktahkan bicara. Cuma dalam menunggu penghujungnya, ramai yang terheret dalam perangkap masa yang mengalpakan kita tentang realiti prioriti umat. Justeru, eloklah ditutup sahaja polemik isu anjing ini. Kita tidak mahu hanya kerana binatang yang seekor ini menjadikan kita semakin parah berbalah.

Dalam penutup ini ada beberapa perkara yg penting utk dirumus:

A. Tentang pemikiran:

1. Polemik isu anjing ini semakin menyerlahkan pemikiran segelintir umat Islam yg semakin jauh dari prinsip syariat Islam dan disiplin ilmunya. Semakin ketara kecenderungan sebahagian dari masyarakat Melayu Muslim sekarang yang terjebak dengan gaya fikir literal berbaur liberal beracuan barat. Dalam isu anjing ini, ia hanya a tip of the iceberg. Walaupun pemikiran sebegini bukanlah baru, ia menjadi ancaman kpd umat Islam.

2. Polemik ini juga telah merentas batasan khilaf yang muktabar kerana ramai yg berhujah utk mengharuskan sesuatu yg kontra nas dengan menggunakan logik akal semata. Justeru, pendekatan meraikan khilaf muktabar tidak sesuai dipakai dan para sarjana Islam dan fuqaha semasa perlu mencari kaedah lain utk berhadapan dengan golongan ini.

3. Pemikiran berpaksi sekularisme tidak lagi menghormati panduan Quran supaya merujuk kepada autoriti pakar bidang ketika menghadapi persoalan. Jika autoriti pakar bidang keduniaan mereka boleh hormati, autoriti pakar agama pula cuba dirobek, dipertikai dan diruntuhkan. “Hormatilah keilmuan dan kepakaran ilmu masing-masing” hanya prinsip yg terpakai kepada bidang keduniaan agaknya.. bidang agama semua boleh jadi pakar dan pemikir..

4. Benteng agama selalu menjadi sasaran serangan banyak pihak, dari dalaman dan luaran. Terlalu jarang org pertikaikan keilmuan pakar bedah, kemahiran pakar aviasi, jurutera, saintis dsb. Namun para sarjana Islam dipertikai, diperlekeh dan dipersoalkan. Tak mengapa, memang kami tidak maksum, tapi kami bertanggungjawab menjaga amanah khazanah keilmuan agama dari Allah dan Rasul. Khilaf kami bukan alasan utk kami diperleceh.

5. Memahami syariat Islam perlulah mendalami disiplin-disiplin ilmunya. Jika bahasa nas iaitu bahasa Arab pun tidak faham, usahlah mendabik diri sebagai mujtahid dan memfatwa berlandas akal semata. Jika hanya berakit dengan dayung kecil, mampukah seseorang meredah samudera luas yang bergelora?

B. Rumusan khusus dlm isu anjing:

1. Bagi yg suka berhujah menggunakan maqasid syariah, dalam polemik anjing ini tidak pula diulas maqasidnya. Maqasid syariah dalam keharusan membela anjing adalah menjurus kepada pada hifz al-nafs (penjagaan nyawa) (spt dlm kes SAR) dan hifz al-mal (penjagaan harta) (spt dlm kes hirasah dll) sahaja, atau mungkin sekadar rukhsah utk tujuan syar’ie spt guide dog, yang hanya di tahap hajiyat. Itupun bersyarat dan berkaedah.

2. Jika bela anjing sebagai pet, ia sesuai dengan maqasid apa? Maqasid tahap tahsiniyat pun tidak sesuai kerana ada larangan dari Nabi. Ia lebih kepada “maqasid” taat pada hawa nafsu yang bertopengkan cinta dan kasih kpd binatang. Andai anjing tak dibela sbg pet, maqasid syariah yg mana pula terjejas?

3. The beauty of the dog.. Ia bukan hujah syar’ie yg mengharuskan anjing diambil sebagai pet. Memang semua ciptaan Allah adalah seni yg terlalu agung dan indah. Biri-biri pun cantik, jinak, harus dipegang malah halal dimakan, boleh sahaja dilatih, dibela dalam rumah dan bawa tidur di katil. Tiada khilaf langsung.

4. Qiyas.. Anjing banyak pd zaman Nabi SAW. Kucing juga banyak. Ada petunjuk dari Nabi SAW yang membenarkan kucing dibela sebagai pet, tetapi tiada petunjuk tentang anjing. Nabi terlupakah?

5. Membela anjing sebagai pet bukan budaya Islam dan bukan budaya mana-mana bangsa yg beragama Islam. Bangsa Arab dari Timur Tengah bermazhab Maliki yg longgar dlm isu kenajisan anjing pun tidak pernah membudayakan pembelaan anjing sebagai pet. Anjing sbg pet adalah budaya barat. Setiap budaya barat perlu ditapis dengan prinsip-prinsip syariat Islam. Jangan kerana mengidolakan barat, prinsip syariat Islam diremehkan.

Mari kita noktahkan dan tinggalkan polemik isu ini dengan ilmu dan kejelasan, bukan nafsu dan kecelaruan.

Wallahu A’lam
DSM
22 Syawal 1438H

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here