5 Amalan Harian Yang Nampak Senang, Namun Ianya Penghapus Dosa

Terdapat amalan-amalan harian yang senang tetapi menjadi penghapus dosa, sebagaimana yang ditegaskan oleh Rasulullah SAW.

Antaranya:

1. Doa Selepas Makan

مَنَ أَكَلَ طَعَاماً وَقَالَ: اَلْحَمْدُ ِِللهِ الَّذِيْ أَطْعَمَنِيْ هَذَا وَرَزَقَنِيْهِ مِنْ غَيْرِ حَوْلٍ مِنِّيْ وَلاَ قُوَّةٍ، غُفِرَ لَهُ مَاتَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ.

“Barangsiapa sesudah selesai makan dan berdo’a:

الحمدلله الذى أطعمنى هذا الطعام ورزقنيه من غير حول منى ولا قوة

(Segala puji bagi Allah yang telah memberi makanan ini kepadaku dan yang telah memberi rezeki kepadaku tanpa daya dan kekuatanku),’ nescaya akan diampuni dosanya yang telah lalu.”.

Diriwayatkan oleh Abu Dawud (no. 4023), al-Tirmidhi (no. 3458), Ibnu Majah (no. 3285), Ahmad (3/439) dan al-Hakim (I/507, IV/192) serta Ibn al- Sunni dalam ‘Amal al Yaum wa al Lailah (no. 467). Disahihkan oleh Syaikh al-Albani dalam Irwa’ al Ghalil (no. 1984).

2. Zikir سبحان الله وبحمده

2. عَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ – رضى الله عنه – أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ – صلى الله عليه وسلم – قَالَ « مَنْ قَالَ سُبْحَانَ اللَّهِ وَبِحَمْدِهِ . فِى يَوْمٍ مِائَةَ مَرَّةٍ حُطَّتْ خَطَايَاهُ ، وَإِنْ كَانَتْ مِثْلَ زَبَدِ الْبَحْرِ » [ رواه البخارى]

Dari Abi Hurayrah RA katanya: Nabi SAW bersabda: “Barangsiapa yang mengucapkan سبحان الله وبحمده seratus kali nescaya dihapus darinya kesalahan-kesalahannya walaupun seperti buih di laut.” [Riwayat al-Bukhari 6405]

3. Zikir; Subhanallah, Alhamdulillah, Allahu Akbar

مَنْ سَبَّحَ اللَّهَ فِي دُبُرِ كُلِّ صَلَاةٍ ثَلَاثًا وَثَلَاثِينَ وَحَمِدَ اللَّهَ ثَلَاثًا وَثَلَاثِينَ وَكَبَّرَ اللَّهَ ثَلَاثًا وَثَلَاثِينَ فَتْلِكَ تِسْعَةٌ وَتِسْعُونَ وَقَالَ تَمَامَ الْمِائَةِ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ غُفِرَتْ خَطَايَاهُ وَإِنْ كَانَتْ مِثْلَ زَبَدِ الْبَحْرِ

“Barang siapa yang bertasbih (menyebut Subhanallah) pada setiap selesai solat 33 kali, bertahmid (menyebut Alhamdulillah) 33 kali, dan bertakbir (menyebut Allahu Akbar) 33 kali, dan semuanya berjumlah 99.” Nabi bersabda: “Disempurnakan menjadi 100 dengan menyebut

لا اله الا الله وحده لا شريك له له الملك وله الحمد وهو على كل شيء قدير

maka akan diampuni dosa-dosanya walau pun sebanyak buih di lautan.” (Riwayat Muslim, No. 597. Imam Abu Daud, No. 1504. Imam Ahmad, No. 8478)

4. Menjawab Azan

من قال حين يسمع المؤذن أشهد أن لا إله إلا الله، وحده لا شريك لـه، وأن محمداً عبده ورسوله. رضيت بالله رباً،وبمحمدٍ رسولاً، وبالإسلام ديناً، غفر لـه ذنبه

“Sesiapa yang menyebut setelah ia mendengar azan dilaungkan oleh muazzin:

أشهد أن لا اله الا الله حده لا شريك له وان محمدا عبده ورسوله رَضِيْتُ بِاللهِ رَبَّا وَبِالإِسْلَامِ دِيْنًا وَبِمُحَمَّدٍ نَبِيًّا وَرَسُوْلًا :

“Aku bersaksi tiada Tuhan melainkan Allah Yang Esa tiada sekutu bagi Nya dan bahawasanya Muhammad itu hamba dan RasulNya. Telah aku reda, Allah itu sebagai tuhan, Islam sebagai al Din dan Muhammad itu sebagai rasul dan nabi,” akan diampunkan dosanya.” ( Mukhtasar Muslim 200, Abu Daud 536).

5. Doa Memakai Pakaian

ومن لبس ثوبا فقال الحمد لله الذي كساني هذا ورزقنيه من غير حول مني ولا قوة غفر له ما تقدم من ذنبه

“Dan barangsiapa yang memakai pakaian seraya berkata: Segala puji bagi Allah yang telah memberiku pakaian dan memberikan rezeki kepadaku dengannya tanpa ada daya dan upaya dariku, maka akan diampuni dosanya yang telah lalu.” (Riwayat Ibn Majah,hadith ini dihasankan oleh Syeikh al- Albani dalam Sahih Sunan Abu Dawud.)

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here