Agenda Wilayah Syiah, Israel, Amerika dan Rusia Selari

IS hanyalah boneka yang dibesar-besarkan untuk mencapai tujuan yang lebih besar, iaitu pembersihan umat Islam Sunni di Wilayah Syam, pengukuhan kuasa Israel di Timur Tengah dan mengekang kebangkitan umat Islam yang sebenar di wilayah strategik tersebut.

Agenda Wilayah Syiah, Israel, Amerika dan Rusia Selari

Ketika Amerika dan pakatan tentera yang lain masuk buat pertama kali ke Iraq, alasannya adalah untuk menundukkan Saddam dan membebaskan rakyat Iraq. Juga untuk mencari WMD yang tidak pernah wujud.

Apa yang terjadi selepas itu, Baghdad hancur lebur, dan kini, dikuasai oleh Syiah.

Tikrit, Fallujah dan daerah-daerah yang lain juga sama, hancur dan kini dikuasai oleh Syiah.

Hari ini, berlaku pertempuran besar di Mosul selepas kejatuhan Baghdad kepada Syiah, walaupun katanya untuk membebaskan Mosul dari IS, tapi hakikat sebenar, adalah untuk menyerahkan Mosul, sebuah bandar strategik kepada pentadbiran Syiah.

Apa yang berlaku hari ini menunjukkan bahawa agenda wilayah Syiah, agenda Israel, agenda Amerika dan agenda Russia adalah selari, walaupun ada yang nampak bertembung sekali sekala.

Russia fokus pada Aleppo, sementara Amerika fokus di Idlib, Raqqa dan kini Mosul.

Tanahair umat Islam dibahagi-bahagikan seperti sepotong kek.

IS hanyalah boneka yang dibesar-besarkan untuk mencapai tujuan yang lebih besar, iaitu pembersihan umat Islam Sunni di Wilayah Syam, pengukuhan kuasa Israel di Timur Tengah dan mengekang kebangkitan umat Islam yang sebenar di wilayah strategik tersebut.

Mosul ini bagi Iraq, adalah seperti Aleppo kepada Syria. Kedudukannya strategik, dihuni oleh ramai penduduk dan keduanya juga adalah pusat perindustrian yang cukup signifikan. Tidak hairan, apa jua sanggup dilakukan untuk merampasnya kembali walaupun mengorbankan ribuan nyawa.

Jika Iraq dan Syria jatuh sepenuhnya kepada Syiah, kedudukan Israel akan semakin kukuh, dan selepas Syam, mungkin wilayah Hijaz pula akan menjadi mangsa seterusnya, tidak mustahil.

Turki dan Saudi pasti sedang memerhati rapat perkembangan ini, namun setiap langkah perlu diatur penuh hati-hati kerana ‘periuk api’ berada di mana-mana.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here