Adakah Zika Boleh Berjangkit Melalui Seks, Apa Yang Kita Tidak Tahu Mengenainya

Jangkitan Zika Melalui Seks Dan Apa Yang Kita Tahu Mengenai Zika Setakat Ini

Post saya mengenai Zika mendapat banyak perhatian khasnya dalam kalangan ibu mengandung atau pasangan yang dalam perancangan mendapatkan zuriat. Dua perkongsian terkini saya (termasuk penulisan Dato Amar Singh) mendapat lebih 1000 shares.

Namun bukan hanya wanita mengandung/merancang untuk mengandung sahaja kebimbangan kita mengenai zika. Ini kerana kita dapati, selain melalui nyamuk Aedes sebagai vektor, Zika turut boleh merebak melalui jangkitan suami isteri (hubungan seksual).

Kajian masih lagi dijalankan bagi mengetahui sejauh mana berleluasanya jangkitan zika melalui sexual transmission. Buat masa ini, memandangkan outbreak zika masih baru, data yang kita ada kebanyakannya bersandarkan laporan-laporan case sahaja (case report).

Berdasarkan maklumat yang terhad ini, ada beberapa yang kita ketahui mengenai potensi jangkitan zika melalui hubungan seksual;

1. Pasangan yang dijangkiti Zika tidak semestinya mempunyai simtom. Tidak semestinya kena ada demam, baru ada zika.

2. Jangkitan zika melalui seksual boleh berlaku termasuklah melibatkan oral seks, anal seks, mahupun perkongsian penggunaan alat bantu ransangan (sex toys).

3. Pencegahan kehamilan fizikal (barrier) seperti kondom boleh mengurangkan risiko jangkitan zika.

4. Entah kenapa, virus Zika boleh hidup di dalam air mani (semen) lebih lama berbanding di dalam darah atau air kencing (di luar badan manusia). Ya, ini baru betul dinamakan “shedding”, bukannya shedding seperti apa yang antivaks ratibkan tu.

Sebuah laporan kes mendapati seorang lelaki yang sembuh dari jangkitan zika, tetap masih mempunyai virus yang aktif di dalam air maninya 93 hari selepas simtom bermula.

http://www.thelancet.com/…/PIIS1473-3099%2816%2930…/fulltext

Atas faktor inilah, kita mencadangkan lelaki yang positif dijangkiti zika, untuk berpantang hubungan seks selama sekurang-kurangnya ENAM BULAN, walaupun sudah sembuh dari jangkitan ini.

Jika enggan, lelaki ini mempunyai risiko menjangkitkan zika kepada pasangan/isterinya. Dan jika ditakdirkan pasangan/isterinya mengandung, kandungan tersebut berisiko menghadapi masalah akibat jangkitan zika ini.

Terus terang kita tahu, perkara ini akan jadi masalah besar di negara kita. Kita dah lama berceramah mengenai kepentingan merancang keluarga kepada ibu-ibu terutamanya selepas bersalin. Itu pun, bukan sedikit ibu yang baru enam bulan bersalin, sudah mengandung lagi.

Pernah dalam satu sesi kaunseling, saya menjumpai seorang ibu yang didapati mengandung, padahal anaknya baru berusia tiga bulan. Apabila ditanya, jawabnya

“Nak buat macam mana doktor, suami saya muda!”

Hubungan seks adalah fitrah dan hak setiap individu. Kita di bahagian kesihatan tidak ada hak melarang atau mengatakan macam-macam sekiranya ada pasangan yang bertegas mahu meneruskan hubungan seks. Dari aspek kesihatan lah. Dari aspek agama atau budaya, mungkin berbeza persepsinya.

Namun laman CDC menggariskan beberapa nasihat kepada pasangan yang ingin meneruskan hubungan seks atau mencuba mendapatkan zuriat; agar mengambil kira faktor;

1. Zika adalah jangkitan yang sangat mild, 80% tiada simtom apa-apa. For any reason, jika ada mengesyaki “mungkin aku ada zika” , anda perlu pertimbangkan dengan serius. As far as I’m concern, saya sendiri boleh ada zika dalam tubuh saya.

2. Sila ambil kira kemungkinan pasangan anda dijangkiti Zika. Terutamanya jika pasangan anda ada melawat kawasan Zika seperti Singapura dll, pernah digigit nyamuk dsb.

3. Perancangan untuk menambah zuriat. Ada pasangan yang sudah berikhtiar lama, siap menjalani rawatan kesuburan dsb, maka mungkin kehendak anda mengatasi kerisauan atas risiko yang ada. Kita tidak ada hak untuk judge sekiranya anda tetap mahu meneruskan hubungan seks berikhtiar mendapat zuriat. Namun anda sendiri, harus sedar akan risiko yang ada.

4. Penggunaan alatan pencegahan kehamilan seperti kondom. Contohnya pasangan yang tak pernah guna kondom sebelum ini, mungkin sudah boleh belajar atau cuba mula menggunakannya.

5. Kebolehtahanan anda untuk berpantang nafsu. Jika anda boleh “tahan”, maka mungkin berpantang itu lebih baik untuk anda.

Sekali lagi saya tegaskan, tidak banyak maklumat yang kita ada mengenai zika ini. Kalau kita lihat official statement pihak berkuasa seperti CDC, MOH dsb, semuanya berbentuk “berhati-hati”.

Zika: Apa Yang Kita Tahu Dan Belum Tahu

Ada banyak persoalan daripada ibu-ibu yang ditanyakan di dalam post saya sebelum ini. Ada persoalan yang meminta jawapan hitam putih.

We dont have the hard answer. Not yet, at least.

Soalan seperti “bolehkah scan ultrasound mengesan bayi saya mempunyai microcephaly‘?

Jawapannya ya, boleh. Tetapi tidak semestinya. Ada kemungkinan walaupun sudah scan, tetapi lepas bayi dilahirkan tengok2 ada microcephaly. Ini kerana scan ultrasound sendiri ada banyak faktor mempengaruhinya, seperti operator dependent, machine dependent, patient dependent etc. Sedangkan scan jantina pun ada yang salah, scan berat bayi pun ada yang tidak tepat. Inikan pula scan untuk mengukur lilit kepala bayi di dalam kandungan.

Begitu juga soalan seperti “apakah ada effect jangka panjang jangkitan zika?”

Kita tak boleh bagi jawapan hard answer. Ini kerana jangkitan zika ini sendiri masih baru dalam kajian.

Kita baru-baru ini sahaja tahu bahawa virus zika boleh berada di dalam air mani sehingga 93 hari selepas jangkitan. Kita ambil tempoh 6 bulan itu pun berdasarkan jangkaan dan assumption sahaja.

Mana tahu selepas lima tahun akan datang bila kita check, rupanya pesakit yang dijangkiti zika boleh kekal sebagai carrier dan shedding zika selama lima tahun? Ianya tidak mustahil.

Ini, contoh kesan jangka panjang yang ada kepada kita.

Maklumat terbaru mengenai zika (bulan ini), didapati bahawa nyamuk yang dijangkiti zika, turut boleh memindahkan virus itu ke telurnya dan anak nyamuk itu juga boleh mendapat zika. Kadarnya adalah satu dalam 290 ekor nyamuk.

http://www.ajtmh.org/content/early/2016/08/23/ajtmh.16-0448

Ini penemuan yang besar, sebenarnya. Ini kerana we are talking about MILLIONS of nyamuk yang ada. Ikhtiar menghapuskan nyamuk akan lebih sukar. Maksudnya walaupun kita dah bunuh nyamuk dewasa, tapi telur dan jentik-jentik nyamuk di kolah air dan longkang masih ada, jangkitan zika masih tetap boleh berlaku.

Zika – for as much that we know, there is still SO much that we dont know.

Siapa kita Berhadapan Dengan Wabak Zika?

Atas sebab itulah, jika anda mengikuti penulisan saya mengenai zika, saya banyak meminta kita berdoa, banyak meminta kita ikut kembali nasihat dari hadis seperti jangan keluar waktu senja, jangan biar bekas air terbuka etc.

Allah adalah tempat kita bertawakal. Kita baru hanya tahu secubit pengetahuan mengenai Zika, ia sudahpun cukup membimbangkan.

Masih ada banyak yang tidak kita ketahui.

Termasuklah penawar kepada Zika ini. Berdoalah kepada Allah, agar Allah mengilhamkan kepada saintis-saintis di dunia tak kira siapapun mereka, untuk menjumpai cara mengekang virus zika ini.

Terbaik bagi kita selaku orang awam, adalah sentiasa berhati-hati dan amalkan apa yang diperintahkan Allah dan tunjuk ajar RasulNya.

Rujuk maklumat dari orang yang betul. Dapatkan nasihat dari mereka yang ahli dan bertanggungjawab.

Juga jangan lupa untuk berwaspada. Pasti akan ada orang yang cuba menangguk di air keruh, menjual ubat ubatan itu dan ini, air itu dan ini, apabila wabak Zika ini merebak. Peminat teori konspirasi akan bersukaria berteori sana dan sini tanpa menawarkan apa pun solusi mahupun membantu kita mencari ikhtiar berhadapan wabak ini.

Hari ini, kita dijangka akan menerima pengumuman mengenai kes zika pertama Malaysia (untuk outbreak ini). Saya secara peribadi tidak terkejut mahupun teruja. Sebaliknya yang lebih saya nantikan, adalah sejauh mana kes-kes baru akan dijumpai rentetan dari siasatan kes pertama ini. Dan sejauh mana kesan dari zika ini sebulan, setahun, sepuluh tahun dari sekarang.

Sekali lagi saya ulang, marilah kita sentiasa berhati-hati dan amalkan apa yang diperintahkan Allah dan tunjuk ajar RasulNya, serta berhati-hati dengan golongan ruwaibidhah yang Nabi s.a.w kata akan melata di akhir zaman.

Allahu mustaan.

Oleh: Dr. Mohd Syamirulah Rahim

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here