Abdullah Fahmi Johan Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa Di Moscow

“Bagi saya saingan agak sengit terutamanya peserta dari Yaman, Bahrain, Iran, Iraq dan Turki kerana rata-rata mereka mempunyai bacaan yang bagus dari segi tajwid dan kecantikan bacaan,” katanya.

Abdullah Fahmi menjuarai pertandingan Tilawah Al-Quran Peirngkat Kebangsaan kali ke-17

SEPANG, Selasa – Peserta tilawah, Abdullah Fahmi Che Nor Shukri berjaya mengharumkan nama negara di peringkat antarabangsa apabila dinobatkan johan Pertandingan Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa Ke-17 yang diadakan di Moscow, Rusia.

Kemenangan Abdullah Fahmi, 32, sebagai juara adalah pencapaian tertinggi diraih wakil Malaysia sejak pertandingan tersebut dianjurkan.

Naib johan pula dimenangi oleh Yusuf Abdullah dari Yaman dan tempat ketiga dirangkul peserta Bahrain, Solah Ali Umar.

Abdullah Fahmi Che Nor Shukri
Abdullah Fahmi Che Nor Shukri

Pertandingan yang diadakan pada 22 hingga 25 Sept itu disertai wakil dari 30 negara termasuk Arab Saudi, Iraq, Iran, Bahrain dan Indonesia.

Bercakap kepada pemberita ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini, Abdullah Fahmi berkata kemenangan yang diraih adalah sesuatu yang di luar jangkaan beliau.

“Bagi saya saingan agak sengit terutamanya peserta dari Yaman, Bahrain, Iran, Iraq dan Turki kerana rata-rata mereka mempunyai bacaan yang bagus dari segi tajwid dan kecantikan bacaan,” katanya.

Beliau yang kini bertugas sebagai pensyarah di Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS), Kelantan juga merupakan peserta yang mendapat tempat kelima pada Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan Tahun 2016 yang lalu.

Abdullah Fahmi membawa pulang hadiah wang tunai US$5,000 serta plak penghargaan dan sijil penyertaan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here